Liebster Award By Misz Minniey

Ditag lagi untuk Liebster Award dari Misz Minniey. Hampir-hampir terlepas pandang dah soalan-soalan adik. Sementara teringat ni, baik cheq jawab dulu. 


Ini soalan dan jawapannya  :-

1. Siapa tokoh yang korang ingin contohi.
Emak dan ayah saya. Mereka saling setia dan sanggup bersusah payah antara satu sama lain.

2. Siapa cikgu sekolah tabika korang ?
Allahyarhumah cikgu Ramlah. Baru meninggal awal tahun ni. Al-fatihah.

3. Apa kenangan manis dan sukar untuk dilupakan ?
Bersalin anak pertama. Happy dan bangga bila ada anak. Pengalaman pertama bertarung nyawa melahirkan anak.

4. Andai diberi pilihan...antara kucing dan arnab, yang mana korang suka dan why?
Maybe saya akan pilih kucing. Kucing ada macam-macam spesis, arnab rasanya sejenis tu ja kot..

5. Tajuk novel pertama yang korang baca ?
Tak ingat tajuk apa. Mengisahkan sorang nurse menjaga pesakit seorang lelaki kaya dan telah jatuh cinta. 

 6. Apakah impian yang anda inginkan ?
Pergi bercuti bersama family.

7. Tempat paling best korang pernah lawati ?
Langkawi. Dunia penuh coklat.

8. Apa perkataan yang korang selalu sebut bila korang marah ?
Diam la!!!!

9. Pendapat korang tentang pendidikan kanak-kanak masa sekarang ?
Bagus kerana penggunaan bahasa inggeris dalam beberapa subjek.

10. Pendapat korang tentang blog ini ?
Simple dan sedap mata memandang. Entry-entry yang ditulis berkisarkan isu-isu semasa.

11. Tema wedding korang warna apa ?
Dah terlepas dah dik. Tema saya dulu silver dan hijau.

DONE !!!

Ini soalan daripada cheq. Cheq memang tak tag kepada sapa-sapa pun. Rasanya macam semua dah kena. Tapi sapa-sapa nak jawab soalan ni, dipersilakan. Pastu maklum kat cheq semula, nak bagi markah...hehehe. Good Luck



12 comments:

  1. Famos mama..byk nau dpt liebster award ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakssss...pemes la sangat. Pening jugak nak jawab banyak-banyak soklan ni.

      Delete
  2. amboii dunia penuh coklat ye mama
    ayu tak pernah lagi sampai sane..
    kempunana nak merase bwak coklat penuh 1 bag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah 10 tahun tak pergi. Padahal kampung emak ayah ngan langkawi tu dipisahkan dengan laut ja. Dekat ja..

      Delete
  3. Ayu...best oo langkawai tapi coklat dh tak mudah sekarng..mahal!!!
    sib baik sis JM x minat sgt coklat lah mama

    ReplyDelete
  4. Next time pergi Langkawi beli coklet utk kite eh, teheee

    ReplyDelete
  5. Kang balik kedah p langkawi beli coklat pos kat budak sikit naa. Hehe

    ReplyDelete
  6. Ambooii. duniaa coklat gituhh. hehe. XD

    ReplyDelete
  7. Kakak masih ingat dan jumpa Cikgu sekolah tadika kakak? dahsyat!!! jarang saya jumpa orang macam akak.

    ReplyDelete
  8. pehh dunia coklat gitu.. sana sini kdai coklat kn mama?hehe

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.