Rezeki Allah Itu Luas

 Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.        
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. 
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. 
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika kita tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
 Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. 
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. 
Maka kita boleh berbahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua.

Jika kita tiada rezeki hari ini,  mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.  
Mungkin kita lebih bahagia kerqna rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. 
Hanya dia, Allah Yang Maha Adil.

Sumber dari facebook.

23 comments:

  1. betul.. kesihatan juga satu rezeki,.
    jemput join segmen ni.. http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki yang paling penting...dengan kesihatan yang baik kita dapat menjalankan ibadat, kerja dan lain-lain kan.

      Delete
  2. Betul betul, rezeki Allah sangat luas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, jangan takut kalau takdak rezeki kat sini, mungkin rezeki kita kat sana.

      Delete
  3. macam pernah baca ja. hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. Betul.. Xperlu nk jeles sbnrnya kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan..

      Delete
  5. sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Insya Allah segalanya yang di berikan pada kita akan jadi yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, perancangan Allah memang dah terbaik. Terima dengan redha..

      Delete
  6. setuju tuu mama.. rezeki tuu luas.. alhamdulilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah takkan biarkan umatnya dalam kesusahan selagi kita taat kepadaNya.

      Delete
  7. sgt setuju mama
    allah bagi kite rezeki dgn pelbagai cara
    cume kita yg pandai bersyukur atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak reti bersyukur, allah tarik balik rezeki tu

      Delete
  8. betul betul btul. Rezeki ada di mane mane. Dan dtg dalam pelbagai bentuk. Kite wajib bersyukur

    ReplyDelete
  9. betul. setuju sangat mama!

    rezeki ALLAH itu ada di mana-mana... janganlah merungut. maybe kita dapat cepat, maybe dapat lambat, maybe x dapat langsung tapi ALLAH ganti dengan lagi berharga..

    ReplyDelete
  10. Betul.. Rezeki dari Allah.. Hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.