Barang Percuma Semua Orang Nak

Tengahari tadi cheq singgah atm mesin kat tengah-tengah bandar. Awal-awal bulan dah buat temujanji dengan bank. Memang duit banyak pun kat bank tu, tapi orang lain punya.  Selesai kerja, baru 2 tapak keluar dari premis tu, datang 2 orang lelaki. Sorang melayu dan sorang cina sambil galas beg dan pegang fail. Sampai kat cheq, diaorang tengok atas bawah, atas bawah terus pusing lari..pesal plak tu ...???? Haaaa....kalau nak tahu, itulah sindiket gores dan menang.

PERADUAN GORES DAN MENANG

Siapa yang tak seronok bila diberitahu memenangi hadiah yang lumayan dengan hanya menggores sekeping kertas. Itulah taktik licik sindiket penipuan bagi memperdayakan mangasa. Mangsa tidak sedar yang mereka bakal kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.

TAKTIK

1. Selalunya mangsa adalah dikalangan wanita yang mana berjalan sendirian dikawasan tumpuan seperti pasar raya dan pusat membeli belah.

2. Mangsa akan didatangi saspek dengan meminta mangsa memilih kad sedia ada yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan.

3. Selepas pilih kad dan gores, mangsa yang bernasib baik ni akan diberi pilihan untuk memilih hadiah.

4. Mangsa ni kemudiannya diminta untuk ke pejabat diaorang untuk berunding tengtang hadiah yang dimenangi.

5. Masa tu la, saspek memperdayakan mangasa dengan mengatakan hadiah tersebut tersekat di kastam, perlukan modal untuk lepas dan macam-macam lagi. Mangsa pula dengan percayanya akan keluarkan duit dan saspek sanggup menemani mangsa untuk keluarkan duit di bank.

6. Selepas dapat hadiah tu, barulah mangsa sedar yang hadiah tu tak berkualiti dan tak sepadan dengan nilai yang diberikan.  

NASIHAT POLIS

1. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik oleh mana-mana pihak yang melakukan peraduan gores dan menang. JANGAN TAMAK!!!

2. Jauhi individu yang tidak dikenali yang menawarkan hadiah istimewa dengan cara mudah. TAK PAYAH TERLAMPAU RAMAH !!

3. Laporkan kegiatan gores dan menang ni kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, ,Koperasi dan  Kepenggunaan.




27 comments:

  1. hati2 utk diri sendiri juga..good sharing

    ReplyDelete
  2. ada pengalaman yang tersendiri bila berhadapan dengan diaorang yang promote peraduan gores dan menang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh cuba elakkan, kalau dah bersapa dengan diaorang ni memang payah nak lari dah. Diaorang akan desak sampai dapat la.

      Delete
  3. lagi satu. jangan terlalu mudah percaya kat orang.

    ReplyDelete
  4. Kene extra careful skrg ni. Mcm2 taktik nk perdayakan org skrg ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaorang ni ambil jalan mudah nak senang. Senang atas kesengsaraan orang lain

      Delete
  5. Nice sharing... Jgn mudah terpedaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambut sama hitam, dalam hati tak sapa tahu.

      Delete
  6. peraduan ni memang sudah lama kan..my parents pernah kena tipu tahun 2000..habis juga la duit dalam 1k dengan janji hadiah yang pelbagai..lepas kes tu terus hati2 sampai sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dah sis...bila kecoh, diaorang slowkan, dah reda diaorang buat balik. Takdak rezeki parents sis tu, takpa diganti dengan yg lebih baik.

      Delete
  7. ade lagi ke sendiket cmni mama
    heheh ayu blm pernah kene lagi la
    sbb npk cm budak lagi kott

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..diaorg tak kacau org cam budak-budak ni. Selamat la muka cam budak..

      Delete
  8. good sharing, memang kena berhati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye mama. Pastikan berteman, takpun ke tempat orang yang sentiasa ramai.

      Delete
  9. kawan CN pernah kena, mmg kena berhati-hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh belajar daripada pengalama kawan CN tu.

      Delete
  10. permainan ni nk kaut keuntungan je..tp bijak gak orang yg buat ni, cuma x elok la..x adil kot..

    NAMA AWK NAIK KAT ENTRI NI

    http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/10/segmen-berani-janji-etiqa-supporters.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung kepada diorang, rugi pada yang terkena.

      Delete
  11. Akak pakai uniform ea? Tu depa duk ligan. Haha. Tak serik2 depa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pakai t-shirt berlambang ja. Maybe diaorang tengok lambang, tu yang terus lari.

      Delete
  12. pernah kena kes ni huhuh..lepas tu dh x percaya

    ReplyDelete
  13. kena berhati2 dengan peraduan gores dan menang...tak pasal2 kena tipu...syukur Diana tak pernah kena lagi Mama dan semoga kita tak mudah terpedaya...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah so far tak pernah kena lagi. Kena hati2 kan zaman sekarang. Pukau lagi takut..

    ReplyDelete
  15. siapa tertipu pls call mr.khoo dia boleh tolong kan anda dapat balik duit ....
    0148388572

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.