Gaji Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa yang korang buat apabila dapat gaji yang pertama....??? Ni kisah cheq, setelah setahun berkursus, bermula la kerja di alam realiti, hehehe. Masa tu cheq sorang diri ja kat Bahau, nak bayar deposit rumah sewa pun guna duit simpanan sendiri. Nasib baik dapur, periuk belanga emak dah bawakkan dari kampung. Selepas sebulan terima la gaji, excited giler pergi keluarkan gaji. 

Ihsan google
Orang lain kalau dapat gaji pertama akan bagi kat emak dan ayah. Cheq ni lain sikit, ambil duit kat bank terus pergi kedai elektrik, beli mesin basuh...hehehe. Sebabnya cheq memang malas basuh baju dengan tangan, tambah pulak duk kat flat, tempat nak sidai baju pun takdak. Beli mesin basuh automatik jenama LG, bayar ansuran sebanyak 2 kali. Masa tu zaman muda remaja lagi, mana mau rosakkan tangan yang lembut ni. Geleng kepala emak cheq, sanggup lagi tidur atas toto daripada beli tilam.

Sebijik serupa macam mesin basuh cheq.
Ihsan dari google


Panjang jugak usia mesin basuh tu. Daripada Bahau pindah ke Mantin, pastu naik lori Ke Kelantan sampailah dia rosak awal tahun ni. Sekarang ni tunggu masa nak jual kat besi buruk ja. Itulah barang pertama yang cheq beli dari duit hasil titik peluh cheq.

11 comments:

  1. amboii semangatnye awal2 beli mesin basuh dah ye..
    sllu gaji pertama ayu mmg belanje fmili makan dulu

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah,

    Gaji pertama saya bayar yuran college sbb time tu kerja part-time.. Balance beli makanan & pakaian..

    Sesungguhnya kenangan terindah.. Hehehe

    ReplyDelete
  3. haha bgus2..elok jugak tu..janji yg memberi manfaat kan..

    ReplyDelete
  4. rasa puaskan sbb kita beli dgn hasil titik pelu sendiri kan mama :)

    ReplyDelete
  5. ni gaji pertama mula2 kejer dulu ke..kalau sis JM bukan beli mesin bauh tapi beli TV dulu :-)

    ReplyDelete
  6. Hahaha, nanti fikir dulu nak beli apa bila dapat gaji pertama. XD

    ReplyDelete
  7. ingat gambar duit tu gambar dari mamafar sendiri... hahahha... tapi puas beli barang yang untuk kita pakai lama, dengan duit sendiri...

    ReplyDelete
  8. dulu kite keje part time, entah ke mane gaji tu pergi, haha jajan jee~ sgt lah tak matang

    ReplyDelete
  9. wahh, bila la nak pegang duit sendiri macam ni. T_T

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.