Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 10

Day 10 : 10 Random Facts About You

Last paper...
Last paper...
Lassstttt papeeerrr....

Alhamdulillah, dah sampai ke hari yang terakhir dan cabaran yang terakhir. Terima kasih diucapkan kepada CT Humairah yang menganjurkan challenge ni. Sesuai sangat dengan cheq yang jarang-jarang ada idea nak menulis ni. Cabaran terakhir adalah 10 fakta tentang diri cheq. Cheq bagi fakta yang baik-baik jer la yerr...

1. Peramah
Kalau tengok dari raut muka tu nampak macam sombong. Susah nak memulakan sesuatu perbualan tapi kalau dah start memang payah nak berhenti.

2. Keluar rumah
Macam saspen jer bunyinya. Pertama kali keluar rumah dan tinggal diasrama pada usia 18
kerana melanjutkan pelajaran. Lepas seminggu cheq terus demam.

3. Bawak kereta dan motor
Pertama kali bawak motorsikal pada usia 11 tahun dan belajar kereta pada usia 17 tahun  dengan guna kereta ayah yang besar gedabak jenis Volvo.

4.  Sukakan pantai
Suka lepak tepi pantai dan sanggup berpanas. Tapi tak suka laut sebab takut tengok air dalam hitam.

5. Suka aktiviti lasak
Time muda-muda dulu memang tak akan lepas peluang join aktiviti lasak. Sekarang ni paling lasak yang cheq buat pun, bawak kereta laju ja.

6. Seorang yang penggeli
Cukup geli dengan kawasan yang berair, kotor dan berlumut. Kalau boleh nak elakkan lalu di situ. Kalau terpaksa lalu jugak, akan tutup mata.

7. Pencinta makanan
Suka makan dan mencuba pelbagai makanan. Bak kata tak cerewet bab makanan ni.

8. Mudah sentap
Cepat terasa lebih-lebih lagi dengan orang tersayang. Baru jeling jer, orang kat sini dah merajuk...hehehe

9. Penyayang
Of course la sejak jadi seorang mama ni, hati mudah tersentuh kalau ada cerita-cerita bab baby kena buang, kena dera dan ditindas. Bukan setakat bayi, mana-mana orang ditindas pun cheq akan mengalir air mata.

10. Adik beradik
Cheq adalah anak keempat daripada enam adik-beradik. Dan lihat ( ♥♥♥ sini ♥♥♥) untuk mengetahui fakta anak ke 4. Tapi jangan percaya semuanya.

Selesai sudah cabaran bulan Oktober ni. Pasni jenuh la nak cari idea nak update blog. Syabas jugak diucapkan kepada semua yang berjaya menghabiskan cabaran ini. Well done.. !!!


36 comments:

  1. Tahniah tahniah. Kira sesi kenal jugak lah baca 10 facts ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. Ada jugak yang terpendam tu, tak keluar semua...tapi yang tu yang buruk-buruk jer...XD

    ReplyDelete
  3. pehhh tahniah kak..
    kite baru hari kdua. haha
    ok, suka aktiviti lasak jugek :)

    ReplyDelete
  4. Kihkihkih....jenuh jugak memikir nak.buat cabaran ni.
    Pasni nak update cite apa la...^_^

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Okay, sambung balik. Tadi tertekan plak. Bila dah bergelar seorang ibu ni, hati memang mudah tersentuh kan...

      Delete
  6. Hahaha, sama lah hati cepat taching~ T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kan orang yang cepat touching ni, orang yang manja...

      Delete
  7. Tahniah mama dah selesai cabaran..oh, nampak macam lembut rupanya suka aktiviti lasak..hihi..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Wana...
      Nampak lembut dan manis kannn
      Heheheh....

      Delete
  8. tahniah .. anis tak berani terima cabaran sebab rasa macam tak kan berjaya . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple jer soalannya ..tapi kadang-kadang kena perah otak dan jugak tak sempat nak menulis

      Delete
  9. tahniah mama. kalau qis buat mmg tak siap le..haha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq qis...ni pun publish time-time kecemasan ja ni...^_^

      Delete
  10. saya dah singgah dan follow di blog ini,

    saya join blogger area mega giveaway

    singgah la disini:
    http://mimpicoklat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. tahniah! berjaya jugak complete semua cabaran ni. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cik fafa...alhamdulillah selesai jugak

      Delete
  12. banyaknya persamaan kita mamafar....
    sha sangat suka pantai dan makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duk tepi pantai sambil makan-makan..memang best

      Delete
  13. huaaaa... cabaran apa ni, mama ketinggalan .. maaf dear, baru ada kesempatan sesi lawatan. blog pun semakin cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu mama busy dengan bisnes..
      dah makin cantik kan blog kiteww..
      hhehee

      Delete
  14. mak kot yang buat kita mudah tersentuh
    saya ni pun pantang nampak bebend gitu
    mulalah berlambak ayer mata keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sifat kewanitaan dan keibuan yang ada pada diri kita yang membuat kita mudah tersentuh.

      Delete
  15. Salute lah... 'Driving class' guna Volvo tu.
    And awal2 lagi dah pandai /berani tunggang motor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...
      besar gedabak kereta tu, dah tinggal kenangan dah kereta tu pun..
      tinggal kat dalam kampung, jalan pun tak sibuk.

      Delete
  16. Replies
    1. kadang-kadang orang takut nak tegur nampak muka sombong dan garang...

      Delete
  17. Yeaayhh!! dah tamat..Tahniah mama :)
    No.1 tu sama dengan Cik Mimie..orang slalu ckp Cik Mimie sombong..sebenarnya tak pun..hee :)

    ReplyDelete
  18. Wahh...tahniah Mama akhirnya berjaya juga Mama selesaikan....

    ReplyDelete
  19. 1, 4,5 dengan 7 sama kak.. hehe...

    susah sikit nak senyum ni. xtaulah.. tapi bila dah kenal, ha, takut menyampah lak sebab saya x berhenti bercakap. hahahaha

    ReplyDelete
  20. eh, lupa nak cakap. tahniah mama berjaya habiskan ^^,

    ReplyDelete
  21. Wahhh tamat da.pasni akk cbr diri akk lah pulak...
    Lebih kureng je kite ni kak...

    ReplyDelete
  22. tahniah kak dah habis XD
    saya pun suka buat benda yg mencabar. hehe

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.