Pandai-pandai Buat Dalil Sendiri

Tahun 2012, cheq mengandungkan anak yang ketiga. Awal kehamilan memang tiada masalah. Sampailah masuk bulan ke 6 kehamilan, perut tak sebesar macam peknen kakak-kakaknya, sampaikan orang tak perasan cheq peknen. 

Satu hari tu, cheq tak rasa baby bergerak dalam perut. Gelabah habis, balik rumah minum air sejuk ketar-ketar, still tak rasa baby gerak. Terus drive kereta sorang-sorang pergi klinik untuk scan. Sedih yang teramat bila doktor bagitau baby cheq dah takdak. Telefon cik husband bagitau, sama-sama nangis. 

Doktor bagi masa 2 hari tunggu baby cheq keluar sendiri. Dalam 2 hari tu la ikhtiar cara kampung, berurut supaya baby keluar sendiri. Habis tempoh 2 hari, terpaksa serah diri kat doktor untuk di masukkan ubat.

Tepat 1200 tengahari 29 April 2012 keluarlah baby perempuan cheq. Cukup sifatnya. Masih dalam kantung walaupun airnya dah kering. Itulah punca cheq kehilangan baby cheq, air ketuban kering.

Selesai pengebumian baby cheq malam tu jugak. Yang tak bestnya pastu, ada plak dalil-dalil baru mengatakan tak boleh bergambar masa tengah pregnant, nanti baby dalam perut meninggal sebabnya cheq suka bergambar dan masukkan dalam fb. Time tu jugak ada 2, 3 orang yang kematian baby dalam perut. Ingatlah, ajal tu semuanya di tangan Allah. Cheq redha pemergian baby cheq dan gembira sangat sekarang ni baby cheq dijaga oleh Nabi Ibrahim, menjadi penghuni syurga.

Ihsan dari google

11 comments:

  1. Innalillah, sekurang2nya mama dah ada saham di akhirat nnt...psl dalil tu x pernah dengaq pun kaitan org mengandung x leh smik gmbaq..

    Mulut manusia ni x boleh tutup. Kita pun x leh puaskan hati semua org kan. So x yah layan la suara2 sumbang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar Sue. Abaikan jer. Bila jadi sesuatu, mula la tunjuk bijak pandai diaorg.

      Delete
  2. Ishhhh dalil cmtu pon ade org berckp ke
    Xpernah pulak dgr mama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...time saya ja dalil tu keluar.

      Delete
  3. hish mereka nih... tula cakap, fitnah makin beranak pinak dizaman ni... ajal maut tu kan ditangan tuhan... saya selalu amek gambar, nanti adalah yang kata, jangan ambil gambar bertiga/ berlima atau dalam nilai ganjil, nanti yg tengah tu mati dulu... saya sound balik... puas dah saya amik gambar, lom ada lg org tengah tu mati sbb amek gambar dlm nilai ganjil... cakap cam xde iman.. pastu diorg balas "orang yang cakap" saya sound balik... perlu ke kite ikut cakap org tanpa usul periksa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...group kru tu takdak sapa pun mati. Bila sesuatu kejadian tu berlaku, mesti nak dikaitkan dengan perkara buruk, kadang-kadang betul ianya pengajaran utk semua tapi bila dah keluar dalil yang tahyul-tahyul camni leh menyesatkan orang plak.

      Delete
  4. Sekarang ni semua orang berguru dgn fb tu yg sampai macam2 dalil depa kan kasi.

    ReplyDelete
  5. mamcam2 kepercayaan dorang ni..boleh lak cakap camtu..hidup mati tu kuasa Laah..mana ada dalil camtu tak pernah dgr pun..kalau org percaya mmg syikik jadi nya..subhanallah..mcm2

    ReplyDelete
  6. Hilang di dunia, bahagia di akhirat kan kan. Jaminan syurga ni. In shaa Allah.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.