Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 4

Day 4 : 10 Favourite Artist

Baru berkesempatan nak karang untuk entry ni. Harini seharian laptop cik husband bawak pergi kerja. Telefon pulak anak-anak main, habis bateri baru bagi kat mama depa ni. Tab plak punah. Line tenet pun slow macam siput sedut.. so, inilah masanya cheq senaraikan 10 artis kegemaran cheq. 


1. Shaheizy Sam
Kitaorang sama umur. Suka tengok lakonan dia. Lawak, gangster, orang malang semuanya menjadi. 


2. Siti Nurhaliza
Sapa tak kenal Dato Ct ni. Lagu-lagu dia semua menjadi kegemaran cheq. Dulu, kalau berkaraoke mesti bawak lagu Ct.


3. Jozan
Gandingan Johan dan Zizan yang mantap. Tengok muka diaorang ja dah gelak, tu belum lagi diaorang buat lawak.


4. Shila Amzah
Artis kebanggaan Malaysia. Walaupun banyak kontroversi, cheq tetap minat dia.


5. Shah Rukh Khan
Begitu menjiwai watak terutamanya bab fefeling ni. Kita yang tengok pun boleh cair.


6. M.Nasir
Belum jumpa lagi artis sehebat dia. Boleh menyanyi dengan baik, menulis lirik dan lagu, berlakon, mengarah...kekuatannya adalah di huruf M.


7. Tony Spark
Hero Iron Man. Sebenarnya cheq pun tak tahu nama sebenarnya. Hensem bangattt..


8. Bruno Mars
Tak tahu macamana boleh minta mamat sorang ni. Tiba-tiba ja suka dengan lagu-lagu dia.


9. Hafiz
Mempunyai suara dan rambut yang unik. Masa dalam akademi fantasia dulu memang cheq sokong dua walaupun tak pernah mengundi.


10. Running Man
Yang ni minat secara pukal. Semua ahlinya cheq minat. Geli hati tengok gelagat diaorang. Dekoder PVR cheq ni penuh dengan cerita running man yang direkod. Dah nak habis 300 jam tu pun. 

Syabas!!! Dapat jugak selesaikan task untuk hari ke empat ni.

21 comments:

  1. Hafiz sue minat dia juga dulu. Masa AF mengharapkan dia menang w/pun x mengundi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sama la kita sue.
      bersorak kat rumah ja

      Delete
  2. Hah.. yang pasti SRK i pon minat gila..

    ReplyDelete
  3. srk. nyanyi kuch kuch hota hai sikit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...pasang telinga yer.
      dah, sedapkan sora akak ni
      hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Hero-hero baru takleh tandingi SRK ni...heroku selamanya.
      Hehehe

      Delete
  5. Pergi tengok ahli2 running man kat kl nanti tak kak? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...
      Tak terdaya nak pergi, jauh kl tu.
      Dah tu tiket mahal, baik beli makan..

      Delete
  6. 6-9 tak suka. HAHA
    yang lain suka suka. Tak minat beto kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sikit, tapi tengok jugak lakonannya...
      1st sekali drama LIMA, dia jadi bapak ayam..

      Delete
  7. Replies
    1. namanya minat, tapi tak semua drama/filem dan lagu diaorang akak tengok...
      hihii...

      Delete
  8. Shah Rukh Khan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! saya x berapa suka dengan Shila Amzah.

    tony spark tu nama dia Robert Downey Jr. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....tak tahu plak nama betul dia..
      hensem tul

      Delete
  9. adik saya suka betul dengan Shaheizy Sam tu. sampai sanggup pergi wayang sebab SS ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...akak ni taklah semua filem dia akak tengok.
      paling best akak tengok filem 8 jam..

      Delete
  10. Suka tgk lakonan shaheizy sam..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.