Jangan Dibuang

Bila dah hari cuti duk kat rumah, tangan ni tak duk diam. Semak tengok barang mainan anak-anak bersepah kat rumah. Bermulalah operasi memilih mainan yang rosak untuk dibuang. Buang mana-mana mainan yang pecah, takut nanti terluka plak anak-anak cheq.

Jumpa papan dart ni, tapi bola dan anak panah dart tu ntah hilang kemana. Masih elok lagi, rasa sayang pulak nak buang. Tingggggg.....terpikir pulak otak geliga ni. Disebabkan papan dart ni dibuat dari span, boleh la buat tempat untuk letak pin dan keronsang tudung. 

Dalam rumah ni, walaupun cheq sorang ja yang pakai pin tapi memanjang hilang. Kadang-kadang tinggal dalam kereta la, ofis la, berselerak dalam beg. Kalau pergi pasar, kerjanya asyik beli kerongsang.




Bila dah buat camni, moga-moga kekerapan kehilangan pin dan kerongsang dapat dielakkan. Letak betul-betul kat cermin, akan sentiasa nampak. Buang pin ja terus lekat situ, takyah dah nak tarik-tarik laci untuk simpan.

14 comments:

  1. gud idea... hehehe moga2 selamatlah kerongsan 2 yer... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....tak larat dah nak beli kerongsang ni

      Delete
  2. ehhh comell nye papan dart tuu...
    pakai span je..
    mcm menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mainan budak-budak, span jer pun tapi tak sampai sebulan dah hilang anak dart dia...ganas anak-anak den ni

      Delete
  3. wah, menarik gak kan buat macam ni.. kreatif kreatif ^^, *yep, pin asyik hilang je. tak tahu kenapa -.-*

    tapi umah saya xde papan dart la pula. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah masalah wanita bertudung kannn... asyik hilang pin je, moga-moga pasni tak hilang dah

      Delete
  4. Kategori DIY ni. Menarik menarik. Hehe

    ReplyDelete
  5. wahhh kreatif...kreatif.... kompem tak hilang lagi... hahahahha.... sha memang hadapi masalah ni kalau pakai tudung, lepas tu mengamuk sorang2...

    ReplyDelete
  6. Ramai para perempuan ada masalah hilang pin.. agak kreatif recycle permainan anak sebagai tempat cucuk pin

    ReplyDelete
  7. hahaha ini bagus. yes sangat DIY tauu akak and praktikal. sungguhla pin selalu hilang. lepas tu mula nak salahkan orang padahal kita salah letak :P

    ReplyDelete
  8. kretip kretip. Eh kite rase kerongsang ade kaki, haha sbb mmg semua yg ade kerongsang akan hilang.

    ReplyDelete
  9. haha. kreatif kak. saya punya keronsang elok je tak hilang so far XD

    ReplyDelete
  10. saya letak dlaam bekas brooch ja sebab semua brooch kecik2. ^^

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.