Aiskrim Pulut.

Tengahari panas-panas ni dapat pekena aiskrim memang sedap. Nyaman ja rasa tekak kann... 
Nak beli aiskrim Magnum, rasa cam membazir je...
Sebabnya kat Kelantan ni ada lagi aiskrim yang lebih sedap. 

Ni la dia, aiskrim pulut.
Aiskrim ni diaorang buat sendiri, kiranya homemade aiskrim la..
Ingredients penting adalah aiskrim, pulut dan kepingan roti.
Ada extra topping lagi. 
Ada chocolate rice, kacang, jeli, jagung dan coklat.
Nak cari penjualnya mudah jer, diaorang gunakan motorsikal.
Dan berhenti statik kat sesuatu tempat ja.
Tak payah nak kejar-kejar.

Kalau kat restoren, toppingnya kita boleh pilih dan ambil sendiri.
Ada biskut roll, mashmallow dan macam-macam lagi la.
Kadang-kadang topping yang banyak dari aiskrim.
Kalau datang sini boleh la cuba.
Murah dan sedap..





29 comments:

  1. sedapnya nampak... nanti kalau turun kelantan boleh la singgah beli.. harga pun brpatutan jgk.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap...ais krim dia pun tak terlampau manis.

      Delete
    2. nice ! kurangkan manis lgi baik.. kann? ;)

      Delete
  2. alamak, nampak sedap la..kat sini x pernah jumpa lagi aiskrim pulut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...saya pun 1st time jumpa aiskrim pulut kat kelantan.

      Delete
  3. Dkt kelantan mknn semua sedap2. Kalo sue balik sana mmg jjcm je..syurga mknn..i love kelantan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sue...macam-macam ada kat sini.

      Delete
  4. kat utc alor staq pun ada jual. tapi tak pernah beli pun. nampak macam sedap gambar tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik fafa kena try sekali. Saya dulu nampak pun macam pelik ja tengok, lepas rasa baru tau betapa sedapnya aiskrim ni.

      Delete
  5. wah memang nikmat pekena aiskrim kalau hai tengah panas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang laku pakcik ni berniaga harini.

      Delete
  6. Selalu dengar cendol pulut, first time dengar aiskrim pulut. Nampak sedaapppp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan mengenyangkan..sebab dalam tu ada pulut dan roti.

      Delete
    2. Wahh. Letak roti sekali. Kena try nanti..

      Delete
  7. fuhhh nampak sodappp. klate? alahaiii jauhnyaaaa T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flight kan ada...anda boleh terbang ke mana saja dengan firefly..
      Hehehehe

      Delete
  8. wahh..xprnh cuba nie..xkn nk g klate smato nok ghaso eskrem nie..
    haha..tggu balik kpg le XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau balik sini, mesti kena rasa...macam-macam lagi ada

      Delete
  9. First time dengar, terus terbayangkan macam manalah rasanya agaknya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap...tak boleh nak beritahu camna rasanya tu, kena rasa sendiri baru tahu

      Delete
  10. saya tak pernah dengar pula
    sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap...banyak orang jual kat area-area sini.

      Delete
  11. Wow..sedap2.
    Tapi, check reflo (blood sugar) lepas ni tau:)

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan dan tak pernah jumpa lagi Aiskrim ni kat sini..hehe..cm sedap je :)

    ReplyDelete
  13. eh, menariknya. serious first time dengar pasal ais krim pulut. yummyyyy..

    macam x pernah nmpk je kat sini. T__T

    ReplyDelete
  14. Ok akk bersalah sbb buat mak buyong terliur....
    Iskkkk
    Mano nk cr ari ni ea??

    ReplyDelete
  15. first time tahu kewujudan aiskrim pulut XD

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.