Beraya di Perantauan Lagi

Kalau ikutkan cuti 4 hari ni, sempat sangat nak balik kampung. Tapi disebabkan kesihatan kakak baru nak pulih, so cancelkan dulu. Cik husband pun nak amik exam hari Selasa ni, takut kelam-kabut plak. Sob, sob, sob...mama yang beria-ria sangat nak balik kampung ni. 


Tambah sedih bila emak telepon tanya balik tak. Nak masak ketupat lebih katanya kalau kami sekeluarga balik. Sebab emak tahu yang cheq ni memang hantu ketupat palas. Emak mentua pun ada tanya jugak. Ajak beraya di KL, dekat la sikit berbanding nak balik Kota Tinggi nun. Nampaknya dua-dua tempat pun kami tak balik bagi sama adil.

Alaaaaa...macam la tak biasa raya kat sini. Cuma tak dak plan lagi nak masak juadah apa pagi raya ni. Tekak dan selera tak sama. Sorang tekak johor, sorang lagi tekak kedah... kita tengok sapa yang kena!!!

12 comments:

  1. Tak ape la mama
    Janji asben and anak2 ade...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib bek hasben ngan anak-anak ada, kalau tak memang lari balik kg jugak.

      Delete
    2. huhuhuu...
      ayu raye ng famili
      asben pulak takde
      ptg2 baru asben ade
      nasib la umah mak dekat

      Delete
    3. Boleh la Ayu lari balik beraya dengan mak dulu...jelesnyaaa

      Delete
  2. Tak pe lah mama...mg thn dpn ada rezeki mama beraya di kg pula insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak kisah nak balik raya kampung belah mana pun, asalkan bukan di perantauan ni...huhuhu

      Delete
  3. sama lah kita, mamamyja pon xdapat beraya dengan parents juga. sob.. sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa la mama, kita raya ngan husben ngan anak-anak ja dulu...

      Delete
  4. takpa2,berkorban sat sempena raya korban. jangan sedih2 na. nanti cik fafa tolong makan ketupat daun palas bagi pihak mama.
    Selamat hari raya aidiladha! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedih tak dapat makan ketupat daun palas. Nak buat sendiri tak reti...huhuhh

      Delete
  5. ahaahah..kalau mcm tu nasak je juadah utk dua2 anak tekak tu

    mesti sorang suka lontong sorang lagi suka laksa..tul tak

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.