Jangan Sesekali Bukak Pintu

Dah 3 tahun lebih tinggal kat sini. Kiranya sini macam perumahan flat. Kali pertama sampai sini, tengok bangunan ni dah gerun. Tak nampak orang. Si kakak pulak kata macam rumah hantu. Choiiinya mulut dia..

Pokok besar kat parking kereta. Jangan katakan malam, siang hari pun sunyi sepi kat sini.


Setiap tingkat ada 4 buah rumah. Tingkat cheq 2 buah ja berpenghuni termasuk cheq. Jiran pun kadang-kadang ja jumpa kat lif. Memang takdak sosial life kat sini. Semuanya pas kerja, terperuk dalam rumah.

Kisahnya bukan pasal rumah tapi pintu. Ada satu pintu ja kat rumah ni yang berfungsi, pintu belah dapur dah dimatikan oleh penghuni sebelumnya. Tak tahu la pasal apa. Sekarang ni kalau sapa-sapa ketuk pintu rumah, memang sampai ke sudah cheq tak bukak pintu. Sebab tu cheq selalu pesan kalau nak datang rumah call bagitahu dulu. Sebabnya ada kes penghuni kat sini kena samun. Minta tolong pun memang takdak sapa dengar. Nak jenguk tengok sapa yang datang pun takleh sebab tingkap takdak.

Cheq pun pernah terkena masa mula-mula datang sini dulu. Orang ketuk pintu ja terus buka. Ada lelaki datang berniaga perfurm. Sungguh-sungguh nak masuk dalam rumah dan paksa beli, sampaikan cheq terpaksa bohong yang tuan rumah takdak dan cheq ni maid. Nasib baik la masa tu jugak hero sampai. Mencicit lari kena jerkah dengan hero cheq. Kalau budak laki tu dapat masuk rumah tak tahu la jadi apa.

Pada siapa yang pertama kali sampai sini mesti rasa gerun. Cheq balik kerja pukul 3, 4 pagi pun, dah tepon cik husband suruh tunggu depan pintu. 

Semalam pun ada orang ketuk pintu, punya la lama dia mengetuk pintu. Melihat kesungguhannya ketuk pintu, maka bukak la jugak pintu tu. Rupanya jiran datang bawak daging korban. Tak pasal-pasal sakit tangan dia ketuk pintu....

26 comments:

  1. Seram juga yer.. biasalah kalu duduk rumaj cam nih. Mamamyja pon sama. Balik keje pon terperap jer kat dalam rumah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la mama. Kalau takdak hal, memang tak keluar rumah. Malasnya nak bersiap, turun naik lif tu.

      Delete
  2. wahh siap mengaku maid lagi tu mama
    hehehehe...
    tula taktik2 org nk samun macam2 skrg nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih...taknak percaya plak budak tu bila akak kata maid. Susah nak percaya orang sekarang ni.

      Delete
  3. mcm filem flat 3A la pulak...jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda sedang diperhatikan. Lebih kurang camtu la, cuma tak pernah nampak ja...mintak simpang la.

      Delete
  4. Sue pun terperuk dlm umah mcm mama je. X berani sesuka hati keluar sbb ada kes kecurian dan rogol. Tu yg takut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sue...saya pun kalau takdak hal memang tak keluar rumah, nak turun ke bawah pun malas.

      Delete
  5. ish,kalau dok sorang-sorang bahaya jugak ni. sepatutnya rumah flat camni kena buat pintu macam hotel yang ada benda bulat tu boleh tengok sapa yang mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat sendiri la camtu, nak harapkan pengurusan sini memang takdak la jawabnya.

      Delete
  6. Replies
    1. Akak dulu pun seram juga. Dulu duk dengan anak-anak kecik ja sebelum cik husband dapat tukar sini.

      Delete
  7. takutnya la kalau duduk rumah mcm ni.. umie pun jenis yang terperap dalam rumah jer.. jarang keluar rumah kecuali waktu kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sudah kerja duk dalam rumah. Jiran atas bawah pun tak tahu sapa...hehehe

      Delete
  8. Ada satu je pintu? Susahlah macam tu.. Kalau ada kebakaran ke apa, semua berasak-asak keluar sekaligus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada 2 pintu, tapi pintu dapur dah dimatikan oleh tuan rumah sebelum ni. Dah la duk tingkat 4 ni.

      Delete
  9. kenapa mama x letak "lubang untuk tgk org kat luaq" tuh..? sng sikit nk tgk sapa yg dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kerajaan dik. Wujud dari zaman jepun lagi rasanya. Takut ketuk-ketul kang roboh plak...hehehe

      Delete
  10. Moga Allah beri perlindungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, setakat ni Allah berikan peringatan, cuma kena lebih berhati-hati dan beringat.

      Delete
  11. cuba la cari rumah atas tanah..encik suami cakap ni rumah burung, sabo jela, CN 4 tahun tggl dekat kawasan black area selayang..2 kali rumah kena pecah masuk, mujur takde orang dekat rumah..biarlah barang hilang, jangan jadi apa2 kat kitorang yang masa tu gurl2 jer..maklumlah wife weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kerajaan CN, mintak keluar pun tak dapat. Redha dan pasrah je lar. Harta boleh dicari lagi, nyawa tiada ganti. Minta simpang jauh-juah la dari kejadian buruk camni.

      Delete
  12. Pasni boleh panggil uncle seekers. Hehe. Seram ja tempat dia

    ReplyDelete
  13. sis JM pun kalau bab ketuk2 pintu ni mmg fobia..nasib baik ada lubang kat pintu tu leh check dulu sape yg ketuk kekadang saleman

    ReplyDelete
  14. kite kalau dok sorg kat rumah pun kalau org dtg bg salam, takkan bukak pintu, haha

    ReplyDelete
  15. merbahaya kalau terus buka pintu kalau ada orang ketuk....

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.