Pengalaman Manis : Komander Kesatria

Bila terbaca cerita Nur As bagitau yang dia dulu komander kesatria. Cheq pun nak bagitau, cheq dulu pun komander jugak. Sebab utama masuk jadi komander ialah tak mahu kena tendang keluar dari asrama. Tahu ja la, masa tu masih pelajar, susah nak cari rumah sewa dengan takdak transport lagi. Disebabkan masuk komander ni, cheq dapat kekebalan dapat menetap dalam asrama sampai semester akhir.

Walaupun pada mulanya masuk tanpa minat, tapi disebabkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan setiap semester sedikit sebanyak menarik minat cheq. Tiap-tiap semester akan ada camping dan ada peluang nak buli junior-junior. Tanggungjawab yang tinggi handle junior-junior dalam hutan. Kalau ada yang sakit, kami ubatkan. Kalau ada yang dalam kesusahan, kami jaga. Kalau ada yang mengada-ngada, tamparan wanita la jawabnya.

Kursus 2 minggu di UiTM Seri Iskandar untuk dapatkan watikah
perlantikan. Dah rupa macam askar komunis.

Bercamping di Bendang Man. Muka-muka kaki pembuli budak
junior.

Bersiap sedia untuk mendaki Gunung Jerai

Mendaki Gunung Jerai tak susah tapi susahnya berperang
dengan pacat. Sampai ke bahu cheq, pacat ni jelajah.

Aktiviti berakit buluh di Sungai Perak. Berhenti hanya untuk
makam dan tidur. Kalau nak buang air kecil, terjun dalam
sungai ja.

Kawad sempena sambuan hari kemerdekaan.


Sebenarnya banyak lagi aktivitinya, tak sempat nak cari gambarnya. Semuanya pengalaman manis yang tak dapat cari di mana-mana. Dah lama tak buat aktiviti gini. Rindu plak zaman-zaman jadi pembuli ni.








25 comments:

  1. Wahh , UiTM seri iskandar ? Dulu saya dok kt sana :D mak ayah kerja sana . Hehe xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung tahun 2000 saya ke sana. Dah lama dah...

      Delete
  2. Replies
    1. Masa zaman muda-muda Ayu..takdak tanggungan lagi, sekarang ni nak join macamni pikir 2, 3 kali.

      Delete
  3. kita & Nur As komander gak.. Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, ada baca dalam entry Nur As pasal review awak punya blog. Tu yang boleh tahu awak berdua komander. Saya komander dari kedah

      Delete
  4. Wow hebat mama! Gunung jerai pun sue x habih naik lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semput nak boleh naik sampai ke atas. asyik duk menjerit takut pacat.

      Delete
  5. Hebat!..sudah tentu menjadi kenangan manis seumur hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye Bunda...kalau boleh nak ulang balik ke zaman tu.

      Delete
  6. wah.. hebat dah pernah jejak gunung jerai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti wajib maria. nak taknak pun kena pergi.

      Delete
  7. Jemput Join Ya : http://sayasukala.blogspot.com/2014/10/segmen-review-blog-1.html

    ReplyDelete
  8. komander tu! =)
    saya dulu tak dinasihatkan untuk aktif sebab masalah kesihatan

    ReplyDelete
  9. kerna terpaksa aku relakan la ni.. tapi ok la tu enjoy jugak kan. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal tu rasa macam perit ja sebab tak rela... lastnya rasa macam tak mau tinggalkan zaman ni

      Delete
  10. tamparan wanita tu tak menahan. haha. best r masuk komander.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan nak cubitan asmara kot...hehehe
      Best giler..

      Delete
  11. Tabik komander... Amboi suka buli junior rupanya ^_^

    ReplyDelete
  12. aaaa akak! Kite baru tahu lah~ hihi
    Paling tak tahan, LIBK lah kan kak, haha abes hancus itam legam muke, sabo jelah.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.