Angin Kus-Kus Dah Datang

Dah 2 hari sakit perut, gara-gara makan petai. Ni lah masalahnya bila perut koman, makan sikit ja dah meragam. Memang dari kecik lagi, cheq bermasalah pasal angin dalam badan ni. Kecik-kecik dulu kalau angin penuh badan, mula la bengkak merata. Kadang-kadang kat bibir pun naik bengkak. Dah jadi mulut negro. Sekarang ni dah takdak bengkak-bengkak, cuma sakit perut memulas-mulas. Memang takleh buat apa dah.

Ihsan dari google


Cuma bila besar ni, ingatkan dah kurang la angin-angin ni. Tak kurangnya. Tu yang cheq kalau boleh elakkan minum teh ngan makan petai. 2 benda ni kalau termakan memang cepat effectnya. Kalau bertandang rumah orang, dijamunya air teh, cheq hirup la sikit. Sebagai menghormati tuan rumah, kang kecik hati plak. 

Tak tahu lah sampai bila nk elok perut ni dari penuh angin. Ubat angin dah la bau macam sabun, nak menelannya pun pikir 2, 3 kali. Lepas ni kena jaga pemakanan dan kean tutup mata bila jumpa makanan yang menyebabkan keanginan dalam badan ni..


Lepas ni cheq nak praktikkan petua Saidina Ali ni, apabila hendak mula makan. Kita hidu semua bau makanan supaya 'angin dan punca penyakit' dalam makanan boleh hilang. Patut lah, Papa Joe dalam masterchef tu selalu duk hidu makanan dulu sebelum dia ngap. Agaknya dia pun amalkan petua ni kot.


9 comments:

  1. oooo baru eyja tahu.. bau dulu rupanya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu, pas ni kena amalkan. Hehehe

      Delete
  2. nampak tak semenggah kalau bau dulu makanan tapi ada manfaat rupanya.kene buat la lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam buruk je perangai bila bau makanan dulu...;-)

      Delete
  3. Lorhhh masuk angin smpai bengkak2 yee
    Ayu pon same mama
    Klau slh mkn o lmbt mkn dtg angin kus2
    Xleh buat kerja apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takleh buat keja dah datang sakit ni. Nak marah ja..

      Delete
  4. Kena ambik tau semua makanan yg ada angin. Hehe.

    ReplyDelete
  5. oh ye ke..petua ni tuk org yg ada angin je kot..sis JM ni belasah je semua boleh mkn..alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. kite maen makan je ape yg ade dpan bijik mate. haha baru tau kne hidu. Pasni kena hidu lah.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.