Hari ni hari Khamis, ada pasar tani kat Pengkalan Chepa. Dah nama pun pasar, mesti la orang ramai. Ramai la kaum-kaum wanita dan ibu pergi sini sambil bawak anak-anak kecik mereka. Dalam banyak-banyak orang tu kita tak tahu ada segelintir yang perangai macam setan yang sedang mencari mangsanya.
Kenapa cheq kata gitu...??? Sebabnya tadi ada seorang mak datang buat repot rantai leher anak perempuannya kena ragut. Kesiannya, berdarah leher dia. Macamana la si setan tu rentap. Tahu-tahu ja budak tu meraung. Siapa pun tak perasaan kejadian tu.
Sebenarnya kejadian ni pernah berlaku kat anak sulung cheq. Masa tu dia baru 3 tahun. Abah dia bawak pergi pasar malam. Cheq tak ikut sebab berpantang anak ke 2. Sebelum pergi tu cheq dah masukkan rantai tu dalam baju dia. Tapi silapnya cheq sanggul tinggi rambut dia sebab takut dia panas.
Abah dia memang tak sedar kejadian tu. Sampailah balik rumah, cheq nak mandikan dia, baru perasan rantai dia dah takdak. Bila tanya cik husband, dia bagitau sepanjang masa kakak ni dia dukung. Tanya kakak pulak, dia bagitau ada abang datang gunting rantai dia dan bagi kat kakak lain. Kenapa kakak tak bagitau abah??? Abang tu suruh kakak diam katanya. Maknanya yang buat jahat ni 2 orang la, jantan dengan betina bergabung.
Nasib baik la tak jadi apa-apa kat kakak. Walaupun rantai tu tak besar mana, tapi bukannya mudah nak beli. Kecuali la orang yang berkepuk-kepuk duitnya. Mungkin takdak rezeki kami tapi memang cheq tak halalkan dunia akhirat. Mudah ja diaorang ni nak senang.
Sekarang ni pun, memang cheq tak belikan anak-anak barang kemas. Kalau nak pakai, belajar rajin-rajin, cari kerja molek-molek...dapat duit beli sendiri.
Kesiannyaa lahai. -_- tak ada hati perut punya orang.
ReplyDeleteTu lar...kalau berani pi la ragut orang besar punya. Kena tangkap memang kena belasah la.
Deletebila manusia xkenal halal haram... huhuhu kesian.. kwn sy pernah kena seluk saku.. habis hp yg beribu2 yg baru guna 2/3 hari hilang...huhuhu
ReplyDeleteMemang raya sakan la peragut tu. Tak senang duduk orang camni.
DeleteNi yg cheq risau jg ni...kt ank dara ni pakai time ada function ja. Kalo x mmg x pakai la...
ReplyDeleteAnak-anak dara cheq harap subang ja la. Hehehe...
Deletemacam2 jenis orang sekarang ni. kat pasar malam yang ramai orang pun boleh jadi..
ReplyDeleteMemang berani mati orang camni. Terdesak sangat dah kut.
Deleteya Allah..sabar jelah...main gunting camtu je...nampaknya lepas ni jgn lah biarkan anak2 kecik pakai brg kemas lagi..bahaya
ReplyDeleteLepas kejadian tu, anak-anak saya memang tak pakai dah. Cincin diaorang pun saya buat loket rantai saya...hehehe
Deletenasib anak tak apa2 kan..memang kutuk habis orang yang buat jahat macam tuh..
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang makan sumpah orang jahat tu.
Deleterisau nya bila budak2 kecik yang kena... yang penting dia selamat... xpe, kita tunggu je kak. nanti ALLAH balas apa yang orang2 tu dah buat... suka hati dia je...
ReplyDeleteMudah-mudahan takdak la sapa-sapa yang terkena teruk dari anak saya. Fobia sekejap, tengok ada orang laki jalan rapat dengan anak ja, terus lencong arah lain.
DeleteIshhh cmtu je dia nak amek..
ReplyDeletesenang btl..
nasb la anak akk xde pape..
dia gunting bukan rentap...
Berderau darah jugak la. Check leher dia memang takdak kesan apa-apa. Alhamdulillah..
DeleteBetul jugak kata orang tu. Kita pun mesti sentiasa beringat pasni.
ReplyDeleteBetapa bahayanya pakaikan barang kemas pada anak2 kita yang masih kecik ni... tp ramai yang buat. telinga leher.. tangan & kaki bersalut emas.. tak terfikir ke bahaya untuk anak kecil depa?
ReplyDeleteNak jugak bagi anak nampak cantik memakai barang kemas. Akhirnya anak jadi mangsa...
Deletetak pernah lagi kena macam tu.. hmm mintak jauh la ye
ReplyDeleteMintak simpang la...hilang barang takpa lagi, kutnya hilang nyawa ka, luka sampai berparut ka...naya
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedulu masa saya kecik, adik saya pun penah kena
ReplyDeletedia sampai sekarang trauma walau kejadian tu dah lebih 25 tahun
kadang niat kita sebagai parent hanya nak anak tu cantik, tu aje
siapa sangka ada yang berniat sebaliknya
cuma dalam zaman sekarang ni, kena sangat beringat sebab benda boleh melibatkan nyawa
Diari Seorang Mama
Belajar daripada kesilapan orang lain dan juga kita sendiri...
Deleteda xda cara lain mahu senang ke mereka tu.....
ReplyDeleteOrang macam ni memang malas bekerja. Menghabiskan harta orang ja..
Deletesakit tu... kesian tau.... memang mudah untuk hidup senang sekarang ni mamafar.... merompak, mencuri, ragut semua2..... dah senang :)
ReplyDeleteYa Allah, takut kan org skrg ni. Sesuki jee nak ambil hak org. Tak tau org susah pyh nak beli kan. Sabar jelah.
ReplyDeleteKuajaq nya la depa ni. Tak rasa dosa langsung. Nasib budak tu selamat.
ReplyDelete