Mudahnya Nak Senang

Hari ni hari Khamis, ada pasar tani kat Pengkalan Chepa. Dah nama pun pasar, mesti la orang ramai. Ramai la kaum-kaum wanita dan ibu pergi sini sambil bawak anak-anak kecik mereka. Dalam banyak-banyak orang tu kita tak tahu ada segelintir yang perangai macam setan yang sedang mencari mangsanya.

Kenapa cheq kata gitu...??? Sebabnya tadi ada seorang mak datang buat repot rantai leher anak perempuannya kena ragut. Kesiannya, berdarah leher dia. Macamana la si setan tu rentap. Tahu-tahu ja budak tu meraung. Siapa pun tak perasaan  kejadian tu.

Sebenarnya kejadian ni pernah berlaku kat anak sulung cheq. Masa tu dia baru 3 tahun. Abah dia bawak pergi pasar malam. Cheq tak ikut sebab berpantang anak ke 2. Sebelum pergi tu cheq dah masukkan rantai tu dalam baju dia. Tapi silapnya cheq sanggul tinggi rambut dia sebab takut dia panas.

Abah dia memang tak sedar kejadian tu. Sampailah balik rumah, cheq nak mandikan dia, baru perasan rantai dia dah takdak. Bila tanya cik husband, dia bagitau sepanjang masa kakak ni dia dukung. Tanya kakak pulak, dia bagitau ada abang datang gunting rantai dia dan bagi kat kakak lain. Kenapa kakak tak bagitau abah??? Abang tu suruh kakak diam katanya. Maknanya yang buat jahat ni 2 orang la, jantan dengan betina bergabung.


Nasib baik la tak jadi apa-apa kat kakak. Walaupun rantai tu tak besar mana, tapi bukannya mudah nak beli. Kecuali la orang yang berkepuk-kepuk duitnya. Mungkin takdak rezeki kami tapi memang cheq tak halalkan dunia akhirat. Mudah ja diaorang ni nak senang.

Sekarang ni pun, memang cheq tak belikan anak-anak barang kemas. Kalau nak pakai, belajar rajin-rajin, cari kerja molek-molek...dapat duit beli sendiri.

30 comments:

  1. Kesiannyaa lahai. -_- tak ada hati perut punya orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar...kalau berani pi la ragut orang besar punya. Kena tangkap memang kena belasah la.

      Delete
  2. bila manusia xkenal halal haram... huhuhu kesian.. kwn sy pernah kena seluk saku.. habis hp yg beribu2 yg baru guna 2/3 hari hilang...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang raya sakan la peragut tu. Tak senang duduk orang camni.

      Delete
  3. Ni yg cheq risau jg ni...kt ank dara ni pakai time ada function ja. Kalo x mmg x pakai la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak dara cheq harap subang ja la. Hehehe...

      Delete
  4. macam2 jenis orang sekarang ni. kat pasar malam yang ramai orang pun boleh jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berani mati orang camni. Terdesak sangat dah kut.

      Delete
  5. ya Allah..sabar jelah...main gunting camtu je...nampaknya lepas ni jgn lah biarkan anak2 kecik pakai brg kemas lagi..bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas kejadian tu, anak-anak saya memang tak pakai dah. Cincin diaorang pun saya buat loket rantai saya...hehehe

      Delete
  6. nasib anak tak apa2 kan..memang kutuk habis orang yang buat jahat macam tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang makan sumpah orang jahat tu.

      Delete
  7. risau nya bila budak2 kecik yang kena... yang penting dia selamat... xpe, kita tunggu je kak. nanti ALLAH balas apa yang orang2 tu dah buat... suka hati dia je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan takdak la sapa-sapa yang terkena teruk dari anak saya. Fobia sekejap, tengok ada orang laki jalan rapat dengan anak ja, terus lencong arah lain.

      Delete
  8. Ishhh cmtu je dia nak amek..
    senang btl..
    nasb la anak akk xde pape..
    dia gunting bukan rentap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berderau darah jugak la. Check leher dia memang takdak kesan apa-apa. Alhamdulillah..

      Delete
  9. Dulu anak saya pun saya bagi pakai rantai..tapi bila ramai yang bising tak bagi pakai saya pun buka la.sebab rimas dengan mulut orang....sekarang ni kalau dengar cerita pasal kanak2 pun kena ragut rasa tak nyesal la buka rantai dia...orang jahat la ni hbukan kira yang tua ka,budak2 ka,ada peluang semua jadi mangsa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak kata orang tu. Kita pun mesti sentiasa beringat pasni.

      Delete
  10. Betapa bahayanya pakaikan barang kemas pada anak2 kita yang masih kecik ni... tp ramai yang buat. telinga leher.. tangan & kaki bersalut emas.. tak terfikir ke bahaya untuk anak kecil depa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jugak bagi anak nampak cantik memakai barang kemas. Akhirnya anak jadi mangsa...

      Delete
  11. tak pernah lagi kena macam tu.. hmm mintak jauh la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak simpang la...hilang barang takpa lagi, kutnya hilang nyawa ka, luka sampai berparut ka...naya

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. dulu masa saya kecik, adik saya pun penah kena
    dia sampai sekarang trauma walau kejadian tu dah lebih 25 tahun
    kadang niat kita sebagai parent hanya nak anak tu cantik, tu aje
    siapa sangka ada yang berniat sebaliknya
    cuma dalam zaman sekarang ni, kena sangat beringat sebab benda boleh melibatkan nyawa

    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar daripada kesilapan orang lain dan juga kita sendiri...

      Delete
  14. da xda cara lain mahu senang ke mereka tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang macam ni memang malas bekerja. Menghabiskan harta orang ja..

      Delete
  15. sakit tu... kesian tau.... memang mudah untuk hidup senang sekarang ni mamafar.... merompak, mencuri, ragut semua2..... dah senang :)

    ReplyDelete
  16. Ya Allah, takut kan org skrg ni. Sesuki jee nak ambil hak org. Tak tau org susah pyh nak beli kan. Sabar jelah.

    ReplyDelete
  17. Kuajaq nya la depa ni. Tak rasa dosa langsung. Nasib budak tu selamat.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.