PAU SEGERA JENAMA KART'S

Assalamualaikum 💕💕💕

Anak-anak cheq memang suka sangat makan pau. Selalunya cheq belikan pau yang ada jual depan sekolah kakak. Tapi tak tahulah apa masalahnya, dah lama abang tu tak berniaga pau. 

Bukan takde jual pau kat tempat lain. Cumanya payah nak berhenti beli. Nak parking kereta memang sentiasa penuh ja parking. Jadi, cheq cari alternatif lain cari pau segera, dimana cheq boleh sediakan untuk anak-anak cheq pada bila-bila masa saja.

Pilihan cheq adalah pau dari jenama Kart's. Ada beberapa jenis pau iaitu pau kacang merah, kari ayam, kari daging, jem dan macam-macam lagi. 


Siap sedia untuk dikukus

Dah siap kukus, boleh dah makan

Pau kacang merah. Kegemaran anak-anak

Selain dari pau, Kart's juga ada mengeluarkan beberapa lagi jenis menu iaitu roti canai, pizza, donut, roti bom dan macam-macam lagi. Tak perlu bimban mengenai status halalnya. Dijamin halal dan diperakui oleh Jakim Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi Kart Food Malaysia.



5 comments:

  1. Boleh cuba ni.. Nampak macam best jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah ekin. Untuk org yang sibuk, tak sempat nak masak, bolehlah cuba

      Delete
  2. Replies
    1. Setakat ni kita pun rasa pau ngan donut ja. Boleh tahan sedapnya. Yang lain tak rasa lagi =)

      Delete
  3. kawan dari klate suka bawa pau segera tapi tak tau la brand apa. tapi memang sodap

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.