MUSIM MENTARANG DI KAMPUNG

            Assalamualaikum 💖💖💖


Seronok betoi bila balik kampung masa musim mentarang. Dapat makan puas-puas sebabnya memang payah nak jumpa mentarang ni 

Apa mentarang tu?



Mentarang ni adalah salah satu spesis siput. Mentarang ni hanya boleh dijumpai di perairan sebelah utaqha ja. Sebab tu payah nak jumpa kat negeri-negeri lain. Mentarang ni sebetulnya kulitnya berwarna putih tapi dah tinggal dalam lumpur (kalau orang utaqha panggil selut), tak nampak la putih tu. Berbentuk panjang dan kulitnya taklah terlalu keras, boleh pecah jugak kalau dipegang kuat.

Husband cheq kenal dan jatuh cinta dengan mentarang ni lepas nikah dengan cheq. Musim ni sekali lagi dia dapat beli sendiri.




Kalau dulu sekilo mentarang ni dalam RM7-8 ja. Kali ni dan naik RM14.



Bab yang penat adalah nak buang lumpur yang melekat kat kulit dia. Kalau stail kampung pakai sabut kelapa untuk tonyoh kulit tu. 



Mentarang ni sedap dimakan walaupun hanya direbus dengan serai ja. Terasa manis isinya. Dakpun cheq goreng ja. Selain daripada tu, cheq memang tak pernah cuba masak jenis lain.

Kalau nak cuba kenalah mai Kedah atau Perlis. Tapi kenalah mai masa musim mentarang, kalau mai bukan musim dia, makan kerang ja la.


10 comments:

  1. Sedap eh.. pernah jumpa tapi tak pandai nak masak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pn tak pandai masak, tu yang rebus ja, hehehe

      Delete
  2. SA selalu beli kat area kuala selangor..belah2 sungai besar tu mmg banyak...lama nya x beli...nak kena pi cari lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan musimnya, memang susah nak cari kan SA

      Delete
  3. Sedappp... Tapi tu lah malas betul nak membasuh nyer... Dulu beli kat area belah Kuala Selangor tu lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah la nk basuh kalau dah 2,3 kilo. Macam nak patah pinggang

      Delete
  4. sedap...ermm..slalu mak la rajin beli mentarang...tp lalu mkn yg kecik2 klau yg besar cam ermmm...x tertelan...hee..masak rebus pedas2 gitu...

    ReplyDelete
  5. Skrg ni musim mentarang ke? Mohon share... Ada yg ngidam, ahahaha... Masa tu pergi serbu, mcm yang akak kata, xkena musim, makan kerang aja la.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.