MENU PETANG JAGUNG MANIS

Assalamualaikum 💕💕💕

Cuti sekolah dah bermula. Yahooo...walaupun anak-anak yang cuti sekolah, cheq yang terlebih syok. Boleh rehat sat daripada duk kelam-kabut pagi-pagi.

Bila dah duk kat rumah ja, perut anak-anak sentiasa lapar. Petang ni cheq buatkan jagung manis untuk depa. Cepat dan senang. 

Bahan-bahannya : 
Jagung yang dah dikukus
Mentega
Susu krim
Sedikit garam

Cara-caranya :
Senang saja. Gaulkan semua sekali dalam mangkuk. Sebelum hidang, rasa dulu. Kalau dah cukup manis, cukup lemaknya, maka menjadilah jagung manis tu.




Kalau kat pasar malam, satu gelas polisterin kecil tu harganya dah RM1.50 - RM2.00. Bila dan buat sendiri boleh makan puas-puas.




6 comments:

  1. Sedapnya ..lama pulak CCL tak jamah menu ni ..selalunya CCL akan ikut resepi macam sis list kat atas .. cuma CCL tambahkan kelapa parut dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah try lagi buh kelapa parut tu. Mesti lagi berlemak rasanya.

      Delete
  2. Terliurnya..mana nak beli nih..nak buat sendiri jagung tak dak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagung ada dijual kat pasaraya. Kita balik kukus ja

      Delete
  3. esok petang gi pasar, boleh beli jagung. yeahhh 😄

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.