BELI TIKET BAS ONLINE

               Assalamualaikum 💖💖💖


Nak cerita pasal pengalaman cheq beli tiket bas secara online. Cuti sekolah haritu, cheq dapat cuti manakala husband cheq tak bercuti sebab kena mengajaq. Jadinya nak taknak dia kena hantaq kami anak-beranak sampai ke kampung (Perlis) dan dia akan balik semula ke Kota Bharu.

Pada mulanya dia nak balik KB dengan drive kereta. Tapi difikirkan semula, penat la dia pastu nak terus sambung mengajar. Jadi, setuju la nak balik KB naik bas ja. 

Masalahnya siapa pulak nak beli tiket bas. Adik-beradik cheq masing-masing tengah duk kerja, segan pulak nak ganggu. Cheq mula google pasal review tiket bas online ni. Semuanya review positif, jadi cheq mula yakin nak beli online. 

Mulanya cheq masuk web ni :



Kemudian isi tempat yang nak dituju dan jugak tempat berlepas. Tarikh nak bertolak dan berapa orang yang nak naik bas ni.



Akan keluar senarai bas, masa berlepas dan jugak harga tiket. Pilih ja




Dah pilih tu, kena isi nama, kad pengenalan dan jugak email penumpang. Dah tu, apalagi bayar la harga tiket tu. Nak bayar guna kad debit ke, kad kredit ke, maybank2u ke, semuanya boleh.


Last sekali, kita akan terima email (macam atas) yang mengatakan kita dah ada tiket.

Walaupun cheq beli tiket tu atas nama cheq tapi boleh ja orang lain naik, dengan syarat tunjuk email ni masa nak naik bas tu. Tak perlu nak ke kaunter tiket untuk tukar ambik tiket ke apa ke. 

Alhamdulillah, husband cheq pun dah selamat sampai. Sekarang ni dah mudah sangat, semuanya di hujung jari ja.

5 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.