SEDAP GILA BAQ HANG : AYAQ MANGGA BY BONDA

Assalamualaikum 💕💕💕

Salam Jumaat semua. Harini cuaca panas, nak keluar rumah pun malas dalam cuaca panas ni. Dalam cuaca panas ni kalau dapat minum minuman berais, betapa nikmatnya terasa.

Sebenarnya cheq nak cerita pasal minuman yang cheq dah mula ketagih ni. Ayaq ni kalau dapat minum time hangat lit-lit ni memang begitu menyegarkan. Ayaq Mangga by Bonda  diberi nama. Tanpa sebarang bahan pengawet, tanpa gula, tanpa pewarna dan rasa buah yang asli melikat gitu.


Sebotol 500 liter dengan harga RM8.00. Berbaloi harga tu dengan kepuasan rasa air buah ni. Pasti tak menyesal dan nak lagi, nak lagi, nak lagi.

Cheq baru ja menghabiskan 2 botol air ni, tu pun berebut dengan anak-anak. Budak-budak pun suka ayaq ni.





Bagi orang-orang yang duduk sekitar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa yang dah mula kecur air liuq tu, bolehlah hubungi facebook stokis Kota Bharu untuk tempahan.


Agen ni (anak bush cheq) boleh jugak buat COD dan kadang-kadang dia akan buka gerai. Tapi dia buka gerai bukannya setempat, jadi kena alert selalu sebabnya cepat sangat habis ayaq ni. Takut kempunan takdan nak rasa.

Memang sedap gila baq hang!!!

5 comments:

  1. BALIK KAMPUNG NANTI BOLEH CIKIDAUT LAAA...NAMPAK SEDAPPP!

    ReplyDelete
  2. Disebabkan sedap.. nak juga.. huhuhu..
    Feveret kita mangga nie..

    ReplyDelete
  3. Botol besar ye..memang nampak sedap
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. mai klate nanti boleh try ni. harga berpatutan, botol pun cantik

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.