BILA MOOD KERJA KE LAUT


Assalamualaikum 💕💕💕

Harini dah masuk hari ketiga dah cheq bekerja untuk minggu ni. Tapi mood nak buat kerja langsung takdak lagi. Padahal, kerja memang melambak-lambak. Banyak sangat godaan dan hasutannya.





"Macamana nak buat kerja kalau bilik ofis pun semak macam sarang tikus ja." 

Alasan ja tu, bilik dah kemas siap sembur minyak wangi lagi tapi kerja tak terbuat jugak. Agaknya nak kena hempuk dengan fail-fail yang melambak ni dulu kut baru nak buat.

"Kalau perut lapar, memang takleh nak buat kerja"

Rasanya dah kaya tauke kantin tu asyik cheq ja turun minum. Siap tapaw air naik ofis lagi. Tapi kerja tak terusik pun.

"Bos takdak kan.. relax la dulu. Buat rajin bukan orang nampak pun"

Ni lah salah satu godaannya sekarang ni. Bila kucing takdak, tikus berlari-lari kegembiraan. Ingat cheq oiiii... tak berkat gaji cheq duk pikiaq gini.

Sebenarnya malam sebelum kita masuk tidur, kepala otak kita ni dah kena set. "Esok pagi nak datang kerja dan buat kerja". Kena juga paksa diri buat kerja sebabnya kerja akan makin bertambah dari sehari ke sehari. Kalau dah makin banyak kerja, maka bertambah malas la nak buat.

10 comments:

  1. haha..samalah kita..buat skit..bos xde...g umrah..:)

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. biasalah bila kerja ni. macam mn pun. chaiyok2 ye.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kan. Time mood rajin tu, sampai malam duk kat ofis

      Delete
  3. elsa lagi untung sebab bos besar dekat office sebelah. elsa punya office dekat bangunan lain hahaha tapi tak selalu mengular pun tak baik tak baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, cuba check bos tu, ntah dia yang mengular

      Delete
  4. tulah..kalau dah kelaut,memang payah nak ambil balik..kena chill dulu..baru boleh tenang buat kerja...hahah


    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ambik masa sangat nak bertenang tu, kadang-kadang sampai 2 hari, hehehe

      Delete
  5. banyaknya fail tu. selamat bekerja

    ReplyDelete
  6. banyak kes ke kak.. banyak nampak fail tu..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.