LEBIH SETENGAH TAHUN BERSEMBUNYI

Assalamualaikum 💕💕💕


Ni nak cerita pasal salah satu alatan elektronik milik anak-anak cheq. Cheq beli MP4 ni untuk hadiah birthday Damia yang ketiga tahun lepas. Rasanya baru ja guna 3 - 4 bulan, tup-tup hilang.

Dah merata cheq cari. Sampaikan ke taska Damia pun cheq tanyakan pada pengasuhnya, kut-kut Damia tertinggal. Sebabnya sebelum ni ada la 2, 3 kali cheq dapat tangkap Damia cuba seludupkan MP4 ni ke dalam beg taska dia. Katanya nak tunjuk kat kawan.

Awal-awal hilang dulu ada jugak Damia mencari-cari. Pakat tuduh-menuduh depa adik-beradik yang bagi hilang. Bila dah lama tu, depa pun dah lupa.

Semalam masa cheq duk tarik-tarik bantal atas almari tu, kedegung.... bunyi benda jatuh. Rupa-rupanya benda ni la yang cheq duk cari selama ni. Ntah sapa yang sembunyikan kat situ.




Kalau dah rezeki, tak kemana kan? Lebih setengah tahun jugak dia bersembunyi kat situ. Cheq beli untuk birthday Damia tahun lepas, bulan depan dah masuk birthday Damia ke-4. Kiranya ni hadiah untuk tahun ni la Damia ekkk..hehehe


8 comments:

  1. Siapalah yg sembunyikan tu ...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, itu yang tak pasti. Mungkin mama depa yang sembunyikan dan terlupa

      Delete
  2. Alhamdulillah! lama betul dia bersembunyi nasib baik boleh guna lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, siap jatuh terhempas lagi. Alhamdulillah, masih panjang umur, hehehe

      Delete
  3. nasib baik masih ok & boleh guna pakai lagi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya masih baru lagi ni. Guna sekejap ja, hilangnya yang lama

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.