DALAM DILEMA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Insyaallah, dalam seminggu lagi kita akan bertemu dengan Syawal. Pasti kita akan merindui Ramadhan yang kita tinggalkan. Seperti yang diketahui, tahun ni memang bukan giliran cheq untuk bercuti begitu jugaklah dengan cik husband cheq. Yang paling sedihnya, cik husband cheq kena bekerja di pagi raya. Nampaknya cheq dengan anak-anak ja kat rumah. Waaaaa... nak menangis rasanya.

Cik husband dah benarkan cheq balik beraya di kampung sebab dia tahu mesti cheq sedih beraya tanpa dia di sisi tetapi yang menjadi masalahnya dia tak bagi cheq balik memandu sendiri ataupun naik bas dengan anak-anak. Dengan syarat, dia yang akan hantar balik ke Perlis.

Dari Kota Bharu nak balik ke Perlis mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam. Lepas hantar kami anak-beranak, cik husband akan balik semula ke Kota Bharu. Itu yang merunsingkan cheq. Dan akan patah balik ke Perlis untuk ambik kami pada hari raya ke tiga. Bila cheq bagitau taknak balik kampung, dia plak tak sanggup tengok kami anak-beranak tak beraya. 

Cheq dah keliru ni antara nak balik beraya di kampung ataupun beraya sorang-sorang kat Kota Bharu ni. Tak pernah lagi cheq sambut raya tanpa suami di sisi.


10 comments:

  1. susah juga nk buat keputusan ni..pergi solat isthikoroh jalan terbaik

    ReplyDelete
  2. aduhai. aida fhm dilema ann.
    sian kat mr.asben, kan?
    hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. alahai...bab ni memang keputusan paling sukar juga
    moga ada jln penyelesaian ya An

    ReplyDelete
  4. btl2 dilema kn...
    dah dpt keputusan ke mama an

    ReplyDelete
  5. haaaaa so apa keputusan Mama ? hehe..
    kami menanti update..

    ReplyDelete
  6. So, mama beraya di mana tahun ni?

    ReplyDelete
  7. alahai ciannye. abes tu mama raye mne?

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.