MAJALAH YANG DAH LAMA TAK DIBACA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Zaman remaja cheq dulu ditemani dengan majalah-majalah retis seperti URTV, Mangga, Media Hiburan, lagi apatah. Yang tu ja cheq ingat pun. Dulu tiap-tiap bulan mesti tak pernah miss untuk beli majalah-majalah ni. Walaupun dah beranak sorang cheq masih beli majalah ni. Kalau tak pun cik husband yang belikan. Dia memang tau minat cheq.

Tapi bila dah masuk anak kedua ni, cheq dah jadi semakin sibuk dengan tugas-tugas harian. Dah tak sempat nak membeli apatah lagi nak baca. Lagipun time ni dah senang dapat informasi terkini melalui internet.


Petang tadi, cheq singgah kedai 7-Eleven. Sementara nak tunggu giliran bayar tu, cheq sempat la belek kat bahagian bacaan ni. Ternampak Kak Iti jadi cover kat majalah URTV. Terus cheq sambar. Cheq peminat nombor satu Kak Iti ni. Dah naik harga rupanya, dah RM5. DDulu baru RM3.50. Ooooo...gst rupanya.






Takdak banyak perubahan dari konsep dan susun atur cerita kat dalamnya. Cuma kertasnya dah advance. Tak mudah koyak. Disebabkan urtv kali ni edisi raya, maka banyak lah baju fesyen raya yang digayakan oleh retis-retis ni. Rasanya ni lah kali terakhir cheq beli majalah ni.

12 comments:

  1. sama la An dulu rajin gak layan URTV nih..:)

    ReplyDelete
  2. hihihi mengimbau kembali...

    ReplyDelete
  3. majalah ni kira bertahan lama la, dr dulu kecik2 smp sekarang masih ada di pasaran.

    ReplyDelete
  4. biasanya majalah ni saya baca di kedai gunting rambut yang sentiasa langgan majalah ni. Kedai gunting rambut ini milik seorang cina

    ReplyDelete
  5. sama laa lama tak beli majalah.. baru nih ada beli majalah harmoni..

    ReplyDelete
  6. SA suka kumpul dulu sebab minat sgt dengan artis2 ni....la ni dh x suka dh...x tau la kenapa maybe faktor umur kot...

    ReplyDelete
  7. URTV? masih ada di pasaran ke

    ReplyDelete
  8. hu hu kita serupa.
    sgt sudah lama x baca majalah gini.
    beli? memang aida x pernah beli pun.

    ReplyDelete
  9. dulu banyak la beli majalah
    dari zaman budak
    remaja dan wanita
    skg dok sibbuk cr majalah pa & ma plak

    ReplyDelete
  10. peeeergh !! kental punya majalah ni.. dulu sorang beli rotate abes 1 kelas hahaha.. tp CT mmg xleh beli n xkan beli.. mapuh kena bebel hahaa..

    ReplyDelete
  11. Cik Mimie banyak majalah REMAJA..hehe..sebab time study dulu menang tak pernah miss beli majalah tu..

    Cuma skrg je tak beli lagi..myb sebab dah tak REMAJA dah..hehhe

    ReplyDelete
  12. dah lame tak beli and tak bace majalah haha

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.