YB Segera Melawat Kawasan

Petang tadi takdak aktiviti, bosannyer duk kat rumah.
Ajak anak-anak keluar pusing-pusing naik kereta.
Saja pusing-pusing dekat kawasan yang dilanda banjir.
Iaitu kawasan Badang, menghala ke Pantai Cahaya Bulan.
Alhamdulillah...air dah surut, hanya tinggal sikit-sikit ja bertakung.
Yang mana sebelum ni air sampai merentas jalanraya.
Tak sempat nak ambil gambar sebab bawak bodyguard kecik.
Kalau cuaca cerah macam harini berlarutan, ada peluang la cheq nak bercuti.

Tengok banjir ni teringat cheq zaman kecik-kecik dulu.
Kat kampung cheq memang selalu akan naik air banjir a.k.a ayaq bah.
Tapi tak risau nak basuh rumah atau alih perabot, sebab rumah cheq memang tinggi.
Rumah papan zaman dulu-dulu semuanya tinggi-tinggi.
Rumah tepi bendang, dah macam laut jadinya.

Cheq pernah masuk berita tau masa tengah main ayaq bah ni.
Masa tu kecik lagi, dalam sekolah rendah.
Tengah duk syok main ayaq, wartawan RTM masuk kampung.
Kami budak-budak kampung, jakun la sikit.
Ikut diaorang pusing kampung, hehehe..
Dah tu, wartawan tu suruh kami berlakon terjun main ayaq nak ambik gambar.
Memang tak berlakon dah, main betul-betul.
Esok paginya masuk la muka kami dalam berita.
Tapi cheq tak tengok pun, emak yang bagitau nampak muka cheq duk sengih...hahaha


Musim ayaq bah jugak la, orang akan cari ayah cheq.
Ayah cheq ni ada kepakaran dalam bidang pertukangan.
Jadi, musim ayaq bah masing-masing perlukan perahu untuk bergerak.
Jadi, ayah cheq la yang akan diupah untuk buat perahu.

Banyak lagi sebenarnya kisah ayaq bah ni.
Kisah ubi kayu, cacing, lintah dan macam-macam lagi.
Kalau nak tulis ni tak habis.
Budak-budak kecik memang la seronok dapat main ayaq bah.
Tapi emak ayah yang susah hati.
Susah nak keluar cari makan, kain baju tak terbasuh dan tak kering.
Risau tinggalkan motor kereta kat kawasan tinggi tanpa jagaan.
Yang paling takut, binatang liar masuk rumah.

Harapnya semoga kawasan-kawasan yang dilanda banjir ni akan pulih seperti biasa.

23 comments:

  1. Hamboi mama masuk tv no msin air bah..kelaka pun ada..

    Tp kalo kecik dulu mmg la syok main banjir. Ni bila dah tua byk la pikirnye dgn kain x kering, takut binatang bisa dtg dll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarangni baru la saya rasa perasaan emak saya tu.
      musim hujan ja dah kalut tengok baju lembap kat penyidai...hehehe

      Delete
  2. seronok baca pengalaman akak ni..hehe.saya sekali je merasa pengalaman banjir ni.frust la jugak banyak buku hanyut,dahlah time tu nak SPM..huhu.semoga banjir di kelantan cepat surut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dulu redah banjir masa SPM.

      kasut sekolah jinjing dalam plastik

      Delete
  3. wah..hebatlah pandai buat perahu..pengalaman yang x boleh lupakn tuh..maen banjir pon bole masok tv nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan buat perahu kayu, buat daripada zink kut...tak tahu la.

      kiranya dalam 2 hari dah siap.

      Delete
  4. Replies
    1. zaman kanak-kanak dulu dengan sekarang dah berbeza.
      budak sekarang tak rasa seronok macam zaman akak dulu.

      Delete
  5. Wah bestnya baca pengalaman mama..alhamdulillah kat kg wana x pnah lg bnjir teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat tahun berapa, banjir teruk sampai kena pindah la..

      tapi pindah ke rumah tok, emak ayah tak pergi ke pusat pemindahan banjir.

      Delete
  6. untung bisnes uwan kann..ade jgk income buat peraih..hehe :D
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki musim banjir. nak ke bendang memang tak boleh.
      bendang dah macam laut

      Delete
  7. wah!!!.. bestnya tak pernah tengok orang buat perahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kampung sama jer design perahunya..

      Delete
  8. bestnya. tak pernah pun merasa terjun main ayaq bah. mau kena tarik telinga dengan bapak. haha. tapi kenangan banjir yang saya tak boleh lupa masa ambil result pmr dalam banjir. kenangan sungguh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dulu ambil exam SPM dalam banjir. terpaksa menumpang rumah tok. sekolah pun banjir

      Delete
  9. kak, p tanya arkib RTM kot depa simpan gambaq akak main ayaq bah tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...susah payah nak pi cari. Tahun lepas pun akak ada masuk berita jugak.

      Delete
  10. ayaq bah? oooo~ :O
    Hamboiii kire retis lee ni penah masok tibi! hikkks
    hye hakak retisss *lelambai* nak otogeraff

    ReplyDelete
  11. IM pernah merasa banjir sekali. Seronok main waktu tu. Ambim senduk nasi kawah yg kayu tu jdkan pengayuh sampan naik dlm banjir. Hehe

    ReplyDelete
  12. Tula hujan2 ni sedap mkn ubi kayu.. ritu umi rebus ubi kayu.m ayu telan air liur jela... wahahhahah

    ReplyDelete
  13. Pantai Cahaya Bulan tu bukan yang Klate tu ke?

    ReplyDelete
  14. Amboiiii bukan main seronok main air ye.
    Siap wartawan mintak posing tuu...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.