CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 6

Hari 6 : 11 jenis buah yang digemari

Cheq adalah seorang penggemar buah tapi lebih kepada buah-buahan yang manis. Buah yang masam kurang gemar. Walaupun suka makan buah tapi cukup malas nak mengupas kulit buah. Dulu kalau kat kampung emak akan kupas banyak-banyak buah masukkan dalam peti sejuk. Sekarang ni ja cheq jadi rajin sebabnya nak bagi anak-anak makan. Lagi satu anak-anak cheq ni memang ada masalah pelawasan selepas berhenti minum susu badan, so dengan bagi makan buah ni boleh la bantu diorang membuang dengan baik. 

Masa cheq duk kat Mantin, Negeri Sembilan dulu, kalau musim buah memang tak payah nak beli dah. Ada ja penduduk kampung kat situ yang hulurkan. Maklumlah keliling rumah semuanya kebun buah-buahan. Sampai tak termakan pun ada. Dah melalut panjang dah. Jom, cekedaut buah-buahan kegemaran cheq..


1. Raja segala buah - DURIAN
2. Buah apa yang ada rambut - RAMBUTAN
3. PISANG emas dibawa belayar.
4. Kucing yang buta - MATA KUCING
5. Kulit hijau, isi merah - TEMBIKAI
6. Hitam-hitam si tampok MANGGIS
7. Mempelam, pauh atau MANGGA
8. ANGGUR - lebih suka yang takdak biji
9. DOKONG -orang ada sakit gout jangan makan yer
10. CEMPEDAK -goreng pun sodap
11. JAMBU BATU - boleh menambahkan dan memekatkan susu badan

Sekian, selesai cabaran hari ke 6.

31 comments:

  1. sedapnyaa lahai tengok gambaq buah tu. manggis! lama x makan. sedap tu. buah feberet. hehek. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa kalau bukan musim manggis ni. Sedap kan..

      Delete
  2. semua tu sy sukaa....sedapnyeee (^_^)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Saya duk Bahau 2 tahun, Mantin 3 tahun..

      PD tu selalu jugak pergi berkelah kat sana.

      Delete
  4. Durian dan mata kucing tu memang x nak berenti mkn..sedappppp..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata kucing tu kalau buat air pun sedap..

      Delete
  5. durian tu kalau makan sejuk2, haihh memang berulas-ulas. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak, durian tu tak sempat nak masuk freeze dah habis, hehehe

      Delete
  6. kalau sis JM semua buah suka terutama buah buahan tempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang jugak buah-buahan luar ni. Epal, pear memang tak berapa nak makan, kecuali jadi jus.

      Delete
  7. Saya pun suka durian..tapi takleh makan banyak.kalo tembikai suka buat jus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian kalau makan banyak, badan jadi panas.
      Saya pun suka jus tembikai, campur laici lagi sedap.

      Delete
  8. Rindu nak makan durian dan manggis ^_^

    ReplyDelete
  9. Ehh betul ke jambu batu bleh pekatkn and tmbh susu badan.. heeee fav au tuuu.. klau jmo kedai buah potong2 tu mmg beli pny

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Ayu. Akak kalau jumpa pun memang beli tambah serbuk asam lebih..hehehe

      Delete
  10. semua suka.. kecuali dokong.. mcm xpna mkn..huuu

    ReplyDelete
  11. akak bagi saya mangga, cempedak dengan rambutan, kompem saya rembat semua. hahaha

    ReplyDelete
  12. sedap sedap.. teruramanya manggis! heee

    ReplyDelete
  13. 5, 8 n 11 je Cik Mimie makan...yang lain tak..lagi2 durian..hehe..x gemar sangat..

    ReplyDelete
  14. rindu nak makan jambu batu pulak skrg ni.. dah lama tak makan

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.