Hari 3 : 11 nama yang disukai
Rasanya setiap manusia kat dunia ni ada nama. Ada jugak ke yang takdak nama ??? Macam kita orang Islam, mestilah memilih nama-nama Islam yang mempunyai maksud yang baik.
Masih ingat lagi kali pertama nk bergelar ibu, baby masih dalam perut tapi dah sibuk duk pilih nama. Habis semua buku-buku berkaitan nama dikhatamkan. Begitu teruja dan seronok sekali, maklum la kali pertama kannn. Sebenarnya banyak nama yang tersenarai untuk anak cheq, kami suami isteri dah berebut-rebut bagi pilihan sendiri. Time tu la, keluar nama ex-boypren, ex-girlpren, nama makwe tak jadi, nama pak mentua tak sempat dan macam-macam lagi la. Akhirnya capai kata sepakat untuk pilih nama anak-anak kami.
Berikut adalah senarai nama-nama yang disukai :
1. MUHAMMAD - kalau dapat anak lelaki memang akan letak nama di permulaan nama nya sempena nama Nabi Muhammad.
2. NUR - bermakna cahaya. Nama anak-anak dara cheq memang bermula dengan Nur.
3. FARHANAH - ni gara-gara lagu Jinbara la, Farhana tengah popular time cheq peknen anak pertama. Cik husband memang nakkan nama ni untuk anak dia. Maka setiap anak cheq memang ada nama ni di penghujung nama yang bermaksud Riang Gembira.
4. DINAH - ini adalah pilihan cheq untuk anak pertama. Bermakna ketaatan.
4. DINAH - ini adalah pilihan cheq untuk anak pertama. Bermakna ketaatan.
5. DIYANAH - disebabkan anak pertama bermula dengan huruf D, anak no 2 pun nak serupa jugak. Bermakna Agama.
6. DAMIA - nama untuk anak keempat. Bermaksud Kebijakan.
7. AMSYAR - nama di terbit masa mengandung anak ke empat. Kalau dapat baby boy memang nak letak nama ni. Bermaksud Yang Cergas.
8. DANISH - Bermaksud Pengetahuan, Bijak
9. DANIAL - Nabi Allah SWT
10. DALILAH - Bermaksud Petunjuk.
11. SITI KHADIJAH - Ini adalah nama anak cheq yang ketiga. Hanya sempat 6 bulan berada dalam perut dan langsung tak sempat lihat dunia. Allah lebih sayangkan dia. Sempena seorang isteri yang setia sanggup berkorban untuk Rasullullah saw.
8. DANISH - Bermaksud Pengetahuan, Bijak
9. DANIAL - Nabi Allah SWT
10. DALILAH - Bermaksud Petunjuk.
11. SITI KHADIJAH - Ini adalah nama anak cheq yang ketiga. Hanya sempat 6 bulan berada dalam perut dan langsung tak sempat lihat dunia. Allah lebih sayangkan dia. Sempena seorang isteri yang setia sanggup berkorban untuk Rasullullah saw.
Allahuakbar...
ReplyDeleteMemang cantik dan penuh makna nama2 tersebut...
Nama-nama islam memang cantik-cantik kan bunda
DeleteDanish tu antara top 3 nama pilihan utk ank akak dulu..tpi x terpilih..hehe
ReplyDeleteTersimpan dalam senarai saya jugak, belum ada kesempatan nak guna..;-)
Deletesemua tu sedap2..
ReplyDeleteTerima kasih ;-)
DeleteCantik2 nama ni :) Suka nama Damia..cam comel je :)
ReplyDeleteHehehe...betul la tu.
Deleteanak sy nama siti zubaidah ^^
ReplyDeleteSedap tu. Mesti maknanya pun baik ^_^
DeleteAmsyar nama adik Sha...!! hehe... hasben sha cakap kalau ada anak gegurl, kena ada nama Adawiyah... yang gegurl laa... yang boboy tak tau ^^
ReplyDeleteSedap nama adawiyah tu...kalau lelaki buh la nama adam.hehehe
DeleteAmsyar nama ank sue hat no 2.
ReplyDeleteSedap nama dan maksudnya. Ramai ibubapa letak nama ni untuk anak-anak depa.
Deletejom join segmen sy
ReplyDeleteBlog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Insyaallah..^_^
Deletesedap nama2 kat atas, maksud pun baik2. adik saya pun nama farhanah jugak. hehe
ReplyDeleteMesti dia seorang yang happy kan..
DeleteNur farhanah nama kakak ipar wana dan damia nama anak buah..:)
ReplyDeleteNama kegemaran ramai orang..^_^
Deleteeh, macam kenal je certain nama tu. heheheh.. adik saya ada nama Danial ^^
ReplyDeletecousin saya ada nama Farhanah ^^
nama anak CN nak semua dgn huruf i
ReplyDeleteberilah nama anak yag membawa maksud yg baik kan..kerana ia memberi kesan kepada personaliti
ReplyDeleteMmg mnarik nama tu. Suka jgk pd amsyar (*^﹏^*)
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
Pilihan nama yang baik Insha Allah memberi impak yang positif kepada anak2 ^_^
ReplyDeletecantik2 nama yang akak pilih. saya pun suka :)
ReplyDeletedanish nama adik ina.. ina pun suka nama danial.. kebiasaanya org yg ina jumpa nama danial mesti baik hehe ^^
ReplyDelete