Al Kisah Rumput

Harini nampak pekerja-pekerja perbandaran keluar potong rumput di tepi-tepi jalan.
Dah 2, 3 hari hujan mestilah rumput cepat panjang.
Bukan nak cerita pasal pekerja perbandaran tu tapi kenangam cheq dengan rumput.

Dulu masa kecik kalau ayah mesin rumput, cheq pun akan sibuk mengacau.
Dari dalam rumah dengar emak menjerit

"Pi la main jauh-jauh sikit dari ayah hang tu"

Cheq tak heran pun, ayah jeling pun tak takut.
Cheq akan tunggu sampai ayah habis mesin rumput.
Lepas tu akan menyapu rumput dan kumpul untuk dibakar.
Bab membakar tu yang cheq suka, kadang-kadang rumput basah pun nak dibakar jugak.
Tak dapat la nak menyala api kat rumput tu.



Malamnya tu, cheq sakit telinga.
Meraungraung rasa menyucuk-cucuk dalam telinga tu.
Emak selalunya titiskan minyak dalam telinga.
Kadang-kadang sapukan kapur makan di keliling telinga.
Kalau ada serangga mesti dia akan keluar sebab panas kan..
2 hari tahan sakit yang kadang-kadang timbul, kadang-kadang tenggelam tu.
Akhirnya ayah bawak pergi klinik sebab telinga dah keluar nanah.

Di klinik doktor pakai sepit panjang dengan lampu ja suluh ke dalam telinga.
Rupa-rupanya ada keratan kecik rumput dalam telinga.
Bila doktor tarik keluar tu rasa lega ja.
Ni gara-gara tunggu ayah mesin rumput la ni, rumput melompat masuk telinga.
Lepas tu kena berleter dengan emak la.

Sampai sekarang ni kalau nampak orang potong rumput ja, cheq akan tutup telinga.
Padahal dah memang pakai tudung tu.
 Kalau duk dalam kereta pun cheq akan tutup telinga.
Fobia sangat dah dengan orang mesin rumput ni.
Tapi bau rumput lepas potong memang wangi dan segar.

19 comments:

  1. Sue kalo org mesin rumput lari jauh2 takut terkena batu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta pun saya bawak lari kalau nampak orang mesin rumput =)

      Delete
  2. betul2,, saya pn suka bau rumput lepas org potong... segar jer nak2 time 2 pas hujan... hehehe

    ReplyDelete
  3. pengalaman tuh..tak sangka pulak boleh masok dalam telinga..tak pasal2 kena kena dgr leteran..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik jer rumputnya tapi sakitnya masih tergiang-giang lagi.
      leteran emak la penawar duka =)

      Delete
  4. adoi nak tergelak..
    tapi pengalaman sangat tu... Sha pun kalau fobia dengan something, tak boleh nak tengok atas hadap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh nak lari ja kalau nampak orangmesin rumput, tapi dah itu jalannya ..kena harung jugak

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. first time dengar kes rumput masuk telinga.. selalu kutu babi.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak percayakan. Doktor tu tunjuk rumput tu kecik ja.

      Delete
  6. Haha..sllu jgk tlg ayah bakar2 rumput mse kecik. Tp xprnh plak rumput msuk tlinge. Dasat tu..hihi
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lubang telinga besar sangat kut...hehehe
      Tapi memang betul.

      Delete
  7. amboi kak. nakal na dulu2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata, kalau kecik-kecik nakal besarnya jadi baik...hehehhe

      Delete
  8. Waah sampai fobia haa.
    Akak! Kite same! Suke bab bab lepas bakar. haha
    haritu pergi kebun ayah, syok main bakar bakar

    ReplyDelete
  9. Hehe. Kalau masa kecik mesti ada benda yg boleh buat kita fobia sampai sekarang kan.

    ReplyDelete
  10. suka tengok rumput lepas potong cantik je..
    tp fobia dgn abam potong rumput huhuhu sebab kwn abg matanya buta sebelah
    sebab terkena serpihan bilah pisau pemotong rumput tu huhuhu

    ReplyDelete
  11. Smpai bernanah ke kak.. tp mmg bahaye klau dok dkt ng org mesin rumput ni.. ayu pon fobia.. nak

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.