Masak Untuk Orang Sakit

Siapa plak la yang sakit ni??
Cheq la yang sakit, tak sihat dari semalam lagi.
Pagi ni bangun rasa tekak perit sangat, suara tiba-tiba berubah jadi penyanyi rock.
Dengan period pain melanda, lenguh satu badan.
Mood pun tak elok la.

Bukak freeze tengok takdak lauk.
Rasa nak mengamuk ja.
Padahal semalam lagi cik husband nak keluar beli lauk tapi cheq la yang kata tak payah.
Sebab nak keluar sendiri pagi ni.
Nak plak pagi ni hujan, cik husband awal-awal lagi dah keluar pergi kerja.
So, masak la apa yang ada.



Inilah hasilnya.
Bubur nasi, ikan talang masin dan bawang goreng.
Siap sebelum anak-anak bangun tidur lagi.
Sesuai sangat untuk cheq yang sakit tekak ni.
Anak-anak pun suka, pakat mintak tambah ja.

Selamat menjamu selera !!!

38 comments:

  1. Mkn buh dengan kicap sedap ni mama.

    Smg mama cpt sembuh ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Sue =)
      Saya makan buh kicap, anak-anak takmau. Takut hitam kot, hehehe

      Delete
  2. Moga cpt sembuh mama...
    setuju ngan Sue...sedap boh kicap kalu k sofu siap sambal tumis ikan lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...kalau ada pedas-pedas sedap ni. =)

      Delete
  3. Ala ciannya mama..sedap juga mkn bubur time sakit2 ni.yg x sakit pun suka mkn.moga cpt smbuh ya

    ReplyDelete
  4. moga cepat sihat farah:)
    sedapppnya bubur....org tak sakit pon suka makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala ubah menu.
      Meh la sini, boleh makan sekali. =)

      Delete
  5. makan ngan ikan bilis goreng or ikan masin memang layan..makan panas2..wuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la lawannya kalau makan bubur nasi. Bertambah-tambah makan

      Delete
  6. waw, sedap juga tu. bak sikit.
    Semoga cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu mama.
      Sesuai untuk mama yang tengah berpantang lagi ni =)

      Delete
  7. Ramainya tak sihat, adatlah wanita sejati (ecehh) sakit pun masak sendiri. sakit macamana pun urus rumah sendiri, kan kan.. sejati tu..

    oh ya, maaf tag mama yang tak sihat ni.

    http://hzinnirah.blogspot.com/2014/11/blog-walking-bersama-red-bellas-dream.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tag saya =)
      Kalau tak masak, tak makan la.
      Kalau tak makan, bertambah sakit.

      Delete
  8. Buboq pekena ngn kicap sedap tuu. Semoga cpt sihat mama!

    ReplyDelete
  9. Cik Mimie suka buat bubur tumis :) plus kangkung goreng n telur masin..memang sedap..semoga cepat sembuh mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah rasa dulu.
      kena plak kangkung goreng belacan.
      perghhh sedapnya

      Delete
    2. sedap sgt mama..lagi2 musim hujan skrg ni..makan panas2..mmm..hehehe:) lapar pulak rasa..hikhik..

      Delete
  10. sedapnya,kalau tambah lada hitam,daun bawang, ikan bilis rangup pun sedap gak tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ada lada hitam serbuk ja, tak piawww. Nak lada hitam bijik, tumbuk bagi hancuq, lazatnya.

      Delete
  11. sedapnya kak..
    tetiba lapaq balik. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tak sengaja bagi Nad lapaq balik.

      Delete
  12. semoga cepat2 sembuh hendaknya, bila sakit baru cari buboq no hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah makanan yang senang nak telan time sakit.=)

      Delete
  13. Sekali sekala makan bubur sedap jugakk..

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Erkkkk...ubat la paling malas nak makan

      Delete
  15. dulu sis pun ada masalah period pain lepas dh minum jus bidadari alhamdulillah until now dh hilang...cuba lah minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak try nanti. Saya period pain hari pertama ja tapi moody ja berhari-hari XD

      Delete
  16. tengok gambaq nie teruih terliuq..hihi

    ReplyDelete
  17. kalau saya, makan dengan kicap aje pun jalan juga =)
    apapun get well soon ye

    ReplyDelete
  18. lahai.. akak sakit lagi ke? semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  19. Ayu klu tgh xd selera mmg mkn bubo kosong cmni.. tmbh sikit bilis goreng ng kicap.. mmg menambah2 la

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.