MASIH ADA REZEKI

Berderau darah cheq bila tengok rantai kat tangan dh takdak....
Terblur kejap...duk memikir bila kali terakhir tgk rantai tu ada kt tangan...
Mintak tolong si kakak carikan....
Boleh plak kakak jadi pegawai penyiasat...
Dia plak soal kita...

"Bilanya hilang????"
"Mama letak katna???"
"Macamana boleh hilang???"
"Betoika mama pakai tadi???"

Aduhhhh....makin serabut kepala otak nak jawab soalan kakak ni..
Takyah tolong cari, cuma tolong diam ja..
Habis atas, bawah, tengah kusyen cheq cari..
Dalam bilik, bawah tilam semuanya cheq punggah...
Sampaikan baju dalam mesin basuh pn cheq selongkar..
Tak jumpa jugak...
Macamana la nak bagitau cik husband ni...
Mesti kena berleter punya..

Dh pesan kat kakak, jangan bagitau abah dulu...
Cheq nk cari dulu...
Malamnya kena keluar operasi, ada can nk cari dalam keta..
Takdak..
Cari dalam opis, tanya budak-budak opis...takdak
Huhhhhh.....keluar operasi pun dah tak tenang..
Dalam kepala otak ni cuma satu tempat ja lagi nk cari, iaitu taska si baby...
Kut-kut la terjatuh masa sambut baby semalam...

Paginya tu, nak hantar baby ke taska...
Dh plan soalan nk tanya kat pengurus taska tu, kut jumpa rantai tangan cheq...
Naik kereta selalunya tak pernah pn pakai tali pinggang keledar, tp pagi ni gatal tangan plak nk pakaikan untuk baby yang duduk sebelah...
Sekali tarik...tiba-tiba terpelanting rantai tangan cheq tu...
Alhamdulillah. ..panjang jodoh rantai tangan ni dengan cheq.
Rupanya terselit kat tali pinggan keledar tu..
Nape la semalam tak jumpa...


Rantai tangan ni la yang membuatkan cheq tak senang duduk malam tadi. Sentimental value ni, dipakaikan oleh cik husband untuk upacara membatalkan air sembahyang masa nikah dulu. Ralat sangat la kalau hilang ni.

2 comments:

  1. alohh, comelnyaa si kakak tuu. hehehe. alhamdulillah. jaga baik2 nantii gelang tuu. :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kakak ni mmg kepochi lebih. Insyaallah, pasni simpan dulu. Hilang fobia dulu, baru pakai balik

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.