PENGINAPAN 13H 12M DI HOSPITAL SEREMBAN

Tanggal 1 Februari 2009, masih segar dalam ingatan..
Pagi tu, anak sulung cheq yg berumur 14 bulan terkena air panas...
Betul-betul kena kat dada dan tangan dia...
Cheq masa tu terus cempung dia dan terjun dalam kolah air....
Satu berek polis tu boleh dengar dia nangis...
Pastu dengan baju basah-basah tu jugak cheq pi klinik...

Selepas dapat rawatan lebih kurang kat klinik, kami dibawa ke hospital dengan ambulans..
Tu lar 1st time cheq naik ambulans, kecut perut punya laju dibawanya...
Husband cheq follow dari belakang dengan keta...

Kakak dimasukkan ke wad kanak-kanak..
Setelah diperiksa doktor pakar, kakak disahkan mengalami kelecuran tahap 3...
Rupa-rupanya dlm wad tu ramai budak-budak yang kena air panas....
Ada yang teruk sgt sampai dh berbulan-bulan dlm wad dan luka dh bernanah...

Paling cheq tak tahan bila nurse nk masukkan jarum ke tgn kakak...
Kakak meraung-raung sakit, cheq pn sekali meraung tgk dia nangis.
Setiap pagi, nurse akan cuci luka kakak. Sekali lagi cheq meraung dengan kakak.
Abahnya dh lari jauh-jauh, tak sanggup nk dengar kakak nangis. Setiap mlm cheq dan husband akan jaga kakak sama-sama.
Sepatutnya salah seorg parents ja yg boleh tgu di waktu mlm tp kami ni jenis degil skit mana nk ikut cakap, sampaikan mak guard dh malas nk kata apa.


Setiap hari bila doktor pakar dtg check, kami berharap sgt boleh keluar dari wad. Nk berubat cara kampung plak.
Setelah 12 hari yang menjemukan di hospital, akhirnya doktor bagi kakak keluar.
Doktor pn heran mcmana luka kakak boleh cepat kering.
Apa taknya, cheq sembunyi2 sapu jeli gamat kt lukanya..
Kalau nursr nmpk mmg kena marah sbb diorg tak bagi letak ubat lain pn.
Selain tu, kakak time tu pn masih menyusukan badan, tu yang cepat sembuh...
Berkhasiat dn pelbagai kegunaan susu ibu ni...

Selepas pergi fisioterapi dan check up lagi, doktor sahkan kakak dh sepenuhnya.
Alhamdulillah. ...sekarang ni parut pn dh xdak kt tangan dan dada kakak.
Kakak pn dah tak ingat kejadian tu.
Cukup la 13 hari 12 malam duk dalam wad yg menjemukan tu...

Selama 13 hari tu kakak mmg tak berbaju langsung....kena balut dah macam mumia dah. muka pn dh takleh senyum..

PESANAN : BERHATI-HATILAH SEMASA MENGGUNAKAN AIR PANAS KETIKA BERSAMA BAYI ANDA. UTAMAKAN KESELAMATAN

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.