Jangan Main-main, Saya Ada Taekwondo

Assalamualaikum

Baru-baru ni cik husband cheq ada la tanya pendapat cheq tentang dia nak pergi kursus jurulatih taekwondo. Walaupun cik husband cheq ni memang seorang jurulatih taekwondo tapi kursus kali ni untuk dapatkan tauliah, boleh buka kelas taekwondo sendiri. Dengan sukacitanya cheq bagi pendapat cheq..."NO WAY". 3 bulan pulak kursus tu, dah tu jauh pulak tempat kursus. Kang cheq terberanak, dia tak sempat nak balik sambut.

Kalau nak ikutkan cheq pun ada tali pinggang taekwondo jugak. Tapi baru ada 2 calit kuning..hehehehe. Baru-baru ni cheq dah mempraktikkan taekwondo cheq kat rumah, depan anak-anak plak tu. Ni minggu lepas punya cerita la. Cheq tengah sakit gigi. Anak-anak pulak bergurau senda sampai nangis-nangis. Dah bagi isyarat suruh diam, makin menjadi bergaduh lagi ada la. Sekali mama diaorang ni bukak bunga-bunga taekwondo, terajang pintu bilik. Haiyahhhhh.....Terdiam semuanya. Terus si kakak ajak adik-adik main kat luar. Tau pulak takut.

Dulu, cheq pernah tumbuk lawan sampai berdarah mulut. Itu untuk pemilihan pemain wakil jabatan. Tapi cheq dah disqualified awal sebab dah tumbuk muka lawan. Memang syaratnya tak boleh tumbuk muka pihak lawan. Heheheh...kempunan nak masuk pertandingan. 

Rasanya kita kaum perempuan ni memang patut ada salah satu seni mempertahanan diri, kut-kut berguna suatu hari nanti. Cheq pun nak flashback balik apa yang cheq belajar dulu. Cara nak ikat tali pinggang pun dah lupa...haishhhh dah banyak urat putuih ni.



8 comments:

  1. Wah hebatlah mama...sue dulu ingat nk masuk teakwando masa zaman U tp x sempat. Byk sgt sandang jwtn persatuan..

    Hntr ank2 je lah nnt...

    ReplyDelete
  2. Btl tu ckp kita perlu ilmu pertahankan diri

    ReplyDelete
  3. sebenarnya memang bagus ada ilmu mempertahankan diri ni kan mama..sangat berguna bila situasi kecemasan.. :)

    ReplyDelete
  4. Cik Mimie sempat belajar sekejap je masa dekat kolej dulu..kira macam salah satu subjek masa sem4..hehe..memang da lupa dah..aiyak!

    ReplyDelete
  5. wah hebat laa mama.. apapun memang bagus ada ilmu seni mempertahankan diri nih.. boleh juga digunakan bila diperlukan..

    ReplyDelete
  6. Assalam ann,
    he3
    iols dedolu sekolah ada gak la blajo taekwando
    kejap ja pun :P
    TAPI kalo iols naek hangen kaaaaa
    memang kluor segala bunga2 silat+taekwando+tai chi he3

    ReplyDelete
  7. respect la ann ada taekwondo :)
    agreed. perlu ada seni pertahankan diri.
    aida? hu hu takde pe pun.
    ada seni menjerit aje kuang kuang kuang...

    ReplyDelete
  8. alamak.. lepas ni nak gurau2 ngan Mama kena jaga2 ni hehehe..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.