MISI MELEPASKAN KEINGINAN

Semalam tiba-tiba ja tekak ni teringin nak makan daging kambing.
Apa lagi, ajak la cik husband.
Walaupun dia dah makan kenyang, disebabkan dengar daging kambing..dia pun setuju.
Kami berdua ni dah jadi hantu daging kambing...hehehe

Pilihan kedai makan dekat jer dengan rumah..
Ambil masa 5 hingga 10 minit ja.
Sampai kedai, orang memang dah penuh.
Cik husband masuk ja, tauke kedai dan pekerja-pekerja lelaki datang sapa cik husband kita. Siap tepuk-tepuk bahu lagi..
Al-maklum la dah jadi pelanggan tetap kat sini.

Dah teringin makan daging kambing, mestilah order lamb chop.
Untuk anak-anak order chicken chop ja.
Selain makanan barat, ada jugak masakan panas 

Lamb chop my feveret.
Chicken chop. Memang jenuh nak habiskan.

Fresh orange sesuai sangat lepas makan lemak.
Abaikan si kakak tu. Dah warning air tu panas,
nak jugak dipegangnya..kan dah berkerut
muka.

Pulut pauh a.k.a pulut mangga. Macam tak puas makan.

Bergambar sebelum perut diisi. Si adik tu gambarnya
ditangkap di rumah. Shy girl, susah nak bergambar.

Dah makan habis sepinggan, cheq try pulak pembasuh mulutnya.
Pulut pauh...
Memang manis, berlemak rasanya..
Harga kesemuanya...????
Memang cheq tak tahu sebab tak pernah bayar...heheheh.
Siapa-siapa yang ada dekat sini boleh singgah cuba makanan yang ada kat sini.
Memang sedap tapi kena tahan sabar menunggu la.
Memang sentiasa ramai orang.

Nama kedainya PK KORNER.
Terletak di persimpangan lampu isyarat CIMB Bank di bandar Kota Bharu.
Waktu urusniaganya tak menentu.
Kadang-kadang bukak dari tengahari sampai tengah malam.
Adakalanya malam saja. Kadang-kadang seminggu tu langsung takdak hari yang tutup
Ikut nasib la.

12 comments:

  1. ya Allah menitik air liur haha best btol pulut mangga tu..

    salam kenal mama farhana..adaa follow here, adaa mama 3 hero hehe

    jemput ke blog adaa juge ye

    www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah makan pulut mangga tau..haihh..kesian..

    ReplyDelete
  3. wana pun suka makan lambchop..ni pun dah lama x makan..huuu

    ReplyDelete
  4. Cik Mimie tak makan daging kambing..hee :) tak tahu rasa dia macam mana..

    ReplyDelete
  5. Dah 2 tahun xjumpa pulut mangga tu.
    Saya auka chic chop n fish fillet.

    ReplyDelete
  6. boleh geng *sep sep*
    CT suka lamb chop gak tapi kena kurang2kan hehehe makin gemok aje badan ni rasanya hehe.. skali skala oookay.

    sedapnyaaaaa lahai.

    ReplyDelete
  7. Lamb chop! Sukanyaaaa! Tapi pulut mangga tu paling menggoda :)

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan pulut mangga. Tapi kalo dpt ni mau repeat order :')

    Sedapnya kuah lamb chop. Lamb dia apatah lagi. Hehe

    ReplyDelete
  9. amboi sekali sekala tak pa la mau hari2 botak kepala hihii

    ReplyDelete
  10. perghhh lamb chop memang best....saya peminat daging kambing juga

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.