WALKIE TALKIE


Inilah walkie-talkie. Ada ka sapa-sapa yang tak kenal... cheq kalau kena pegang dan guna benda alah ni, memang mengelabah. Susahlah nak cakap pakai kod-kod ni. Nak kena ingat call sign sendiri la, call sign orang plak satu hal..

Kod dia pun cheq hafal tak habis lagi. ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA..... sampai situ jer yang ingat pun. Lain tu pakai nak hentam ja la. FROG, ELEPHANT, ZEBRA...hehehe. Walkie- talkie yang cheq pegang ni jenis lama punya. Besar gedabak, antena tu kalau kena mata boleh berdarah mata ooooo... Sekarang ni dah maju kecik lagi dari telefon pun ada. Kadang-kadang letak dalam beg, cari pun tak jumpa. Nak bagitau betapa keciknya walkie talkie yang zaman sekarang ni.

Masa PRK kat Pengkalan Kubor haritu, 2 minggu cheq berkepit dengan walkie-talkie ni. Duk dengar jer diaorang bagi arahan dalam ni. Bila diaorang seru nama cheq, mula la kalut nak jawab. Macam-macam susun ayat nak cakap ikut walkie-talkie ni. Lastnya angkat telefon jugak, buat call lagi senang. Kalau kena marah pun orang lain tak dengar..hehehe

Rasanya cheq kena ambil kursus pasal penggunaan walkie-talkie ni. Orang lain sibuk nak kursus yang advance punya. Kursus menyelam la, kursus bawak motor besar, kursus terjun bangunan, kursus bawak kapal terbang la....cheq??? kursus guna walkie-talkie. Memang tak mengancam langsung.

Kenapa pulak la cheq boleh up cerita pasal walkie-talkie ni??? Sebabnya malam tadi cheq bertugas ronda malam pusing kawasan Kota Bharu, kenalah bawak benda alah ni. Tapi sepanjang masa walkie-talkie ni duk dalam beg ja..hehehe

Harini off. Baru dapat cover tidur 2 jam, ngantuk lagi...huaaaaaa


13 comments:

  1. dulu kecik kecik sokmo main benda ni. hahaha. konon konon nak jadi polis :D
    jemput join segmen saya mama :D

    ReplyDelete
  2. hihihihi..kenal2. mmg payah jgak nak kena igt semua tu huhu. kalau zaza mau tulis nota muahaha.
    *bestnye mama dpt tido..selamat beristirehat ye!!

    ReplyDelete
  3. kursus guna walkie talkie? hehe. lawak je. . :D

    ReplyDelete
  4. bantai ja.. saya dlu siap kacau2 orang lagi.. sikit2 cakap kat situ, smpai kena marah ngan ketua.. haha.. boleh plak saya wat selamba dek main lagi..

    ReplyDelete
  5. okay lah tu... saya pun tak pandai duna walkie taklie nih... alpha lipit ke apa semua tak pandai... pernah guna, habis benda2 mengumpat semua orang dengar hahahaha...

    ReplyDelete
  6. ekin pernah guna walkie talkie ni... masa keje kerani security sempat berdemo2 dgn benda ni dengan bos... hihihi... sekarang zaman dah canggih kecil dah....

    ReplyDelete
  7. haha..tapi best juga guna walkie talkie ni kan mama..wana penah guna masa bertugas sebagai urusetia program yang agak besar juga di sini..pengalaman yang menarik sangat.. :)

    ReplyDelete
  8. Kenal2..sbb kat ofis mmg ada mende alah ni..in case contach hp tak dapat, memang berkumandang le suara memanggil org yg berkenaan..hehe

    ReplyDelete
  9. Kat JKM Perlis siap ada kelas malam tau...

    ReplyDelete
  10. Hehehe...dulu kalau konvoi satu family.,..setiap kereta letak walkie talkie senang nk berhubung,,,:)

    ReplyDelete
  11. hehehe masuk uni baru merasa pegang woki toki ni kak ooi.. sebelum tu clueless tak tahu pape..

    ReplyDelete
  12. Haha saya dulu lari kalau ada nampak walkie talkie sebab takut nak jawab.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.