HADIAH : JANUARI

Ini adalah entri terakhir di bulan Januari.
Alhamdulillah, masih ada rezeki di bulan ni.
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi entri penghargaan kepada para sponsor hadiah.

Pin hijab ni cheq dapat dari sponsor Pilot Hijab. Sampai sekarang belum guna lagi.
Sayang sangat. Hadiah ni sempena cheq join Birthday Giveaway By Little Smaller.
Tak sangka gambar yang cheq hantar tu boleh dapat tempat ke 3.

Hadiah button keychain ni cheq dapat dari blogger Acik Watie.
Ini lah hadiah yang paling cepat cheq dapat. Tak payah setem dan pos.
Hadiah ni sempena cheq join Segmen Zaman Persekolahan dianjurkan oleh Cik Balqis.

Hadiah ni plak cheq dapat untuk Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang 
Hadiah ditaja oleh Cik Cyda. Dapat bookmark dan kalendar poket yang comel.

Dapat hadiah Reevo Chocolate Malt tajaan Azzah Yusoff.
Cheq dah minum, memang sedap.

Dapat fridge magnet London dan Sabah dari Mini Lucky Draw Blog XdramaQueen 2.
Ok lah tu, tak dapat jejak kaki ke sana, dapat fm pun dah kira bagus.



Hadiahnya blog di review dengan selamba oleh Budak.
Meh baca sini >>> Review Blog #1 : Mama3farhanah.blogspot.com
Kalau diberi markah memang boleh dapat 90% dah.
 Banyak dah Budak tahu perihal cheq ni.

Ini pulak cheq join 1st Giveaway By Ibu Zarith.
Jawab soalan berpandukan klip video. Alhamdulillah walaupun tak menang hadiah utama, hadiah saguhati pun dialu-alukan.
Hadiah adalah Cloth Pantyliner. Mesra alam ok.

Ini pulak hadiah Top Kommentar di adianiez.blogspot.com.
Punyalah banyak hadiahnya. Semuanya ada trademark blog Aida.
Ada kalendar yang comel, fridge magnet, brooch warna-warni lagi cute,
tasbih, rempah rendang dan kopiah. Cheq takde anak lelaki, so kopiah
tu cheq akan hadiahkan kepada anak sedara cheq kat kampung nanti.

Terima kasih kepada semua pemberi hadiah dan penganjur segmen/giveaway. 
Anda semua memang ohsem. Semoga bertambah murah rezeki kalian.

18 comments:

  1. Tahniah mama. Smg terus dimurahkan rezeki insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Tahniah akak...banyak hadiah dapat tu

    ReplyDelete
  3. tahnia.. saya jarang bertuah dlm Ga

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ni pun ada harinya jugak ada tuah.
      hehehe..rezeki anak-anak (ada kena-mengena ke)

      Delete
  4. wahhh. banyak betul dapat hadiah ni. tahniahh mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu nani.
      nani nak bagi hadiah pun boleh, hehehe

      Delete
  5. wow..banyaknya hadiah mama dapat kan..alhamdulillah..murah rezeki mama..berkat rajin join ga/segmen kan..tahniah ya mama..

    ReplyDelete
  6. peeergh tuuuuuudia menang besar heheh..
    CT pun nak buat entry cemni hehehe sebab rasanya so far bulan 1 ni paling banyak dapat.. hehe hasil ingatan kawan2 bloggers..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki mama :) Tahniah mama :)

    ReplyDelete
  8. tahniah mama ;)
    dulu pun saya dapat keychain dari mamacomeiii gitew ..
    saya gantung kat office ')

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat banyak hadiah.
    Penghargaan dari para blogger.
    Memang mama 3f ohsem..

    ReplyDelete
  10. sama-sama la kita....
    sebab norihan terbaik!
    komenter ter top!!!
    kopiah tu gift from mekah, asben tunai kan umrah disember lepas.
    da ketepikan utk norihan awal-awal :)

    ReplyDelete
  11. Yey dpt 90% hehe. Tahniah kak murah rezeki :)

    ReplyDelete
  12. banyaknya rezeki awal tahunnn^^ tumpang gembira. ambil badi sikit

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.