PUDING BISKUT TIRAMISU

Assalamualaikum...
Dah nak dekat 2 minggu, cheq tak masuk kerja.
Pada mulanya disebabkan banjir, memang tak boleh keluar langsung.
Laluan nak ke tempat kerja tu, ada tempat airnya naik sampai paras dada.
Lepas tu sambung ambil EL plak, jaga anak-anak.
Rumah pengasuh diaorang pun masuk air.
Terpaksa cuti untuk mencuci dan memperbaikpulih taska tu.

Sebelum ni di musim banjir, selalu sangat dah makan biskut cicah air kopi/milo.
Alhamdulillah, dapat jugak makan nak dibandingkan tempat lain yang banjir.
Kali ni bagi tekak ni meriah sikit dengan rasa-rasa yang menarik...hehehe
Terjumpa resepi ni dalam fb, so cuba la buat.
Menjadi plak tu.. dan sedap



Bahan-bahannya :-
1 tin susu cair *
1 tin air *
1 sudu besar gula *
4 sudu besar tepung kastard *
1 sudu kecil esen vanilla *
Biskut marie
Serbuk milo
Sebuk nescafe

Cara membuatnya :-
1. Blendkan semua bahan yang bertanda *
2. Kemudian masakkan di atas api sehingga jadi pekat.
3. Dah pekat kan. Susun biskut marie dalam loyang, tuangkan kuah kastard keatasnya. Kemudian tabur milo dan nescafe. 
4. Diulang beberapa kali seperti diatas.
5. Sejukkan dalan peti ais. Dan sudah boleh dimakan sesudah sejuk 
Selamat menjamu selera.

#note : cheq tak letak nescafe sebab kat rumah memang takdak nescafe. Cheq jugak blendkan sekali kepingan cheese bersama bahan-bahan yang diblend tu. 

22 comments:

  1. Hari tu Jie pun ada buat jgk. saja nk try tapi x brapa jd. hoho. sedih betul. tp rsa dia ttp sedap la sbb manis cuma rsa ketulan tpung hat likat tu. dlm rsepi xda sruh bland pun. salah resepii jie gunaa !! >< Jie kalau buat mmg lurus. ikut sebijik2 resepi tu. huhuu.. nnti nk try resepi mama la pulak. :D

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa. nak try buatlahh :D

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. Sedapnyer.. satu please...

    ReplyDelete
  4. simple sangat buat puding ni kan mama..lain kali wana nak try juga la..terliur pula tengok alahai ;)

    ReplyDelete
  5. wah...nampak best jer tu....2 minggu dah x kerja...semoga tabah ye...

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang macam cheeskut ye? Tapi ganti nescafe?

    ReplyDelete
  7. Menarik juga resepi ni...mudah pulak tu..

    ReplyDelete
  8. waaa menariklaaa...kalau teringin boleh juga buat ni..

    ReplyDelete
  9. sedapnya kalau makan sejuk2. ^^

    ReplyDelete
  10. fuiyooo.. senang saja kan. antara rajin ngan malas saja skarang ni hehehe..

    ReplyDelete
  11. Macam nak buat kek batik :) Mudah dan sedap :)

    ReplyDelete
  12. sungguh la rajin....
    aida da lama tak mempuding kat umah :)

    ReplyDelete
  13. nampak macam sedap jer... nak cuba2 la nti.. bookmars terus resepi ni... hihihihi

    ReplyDelete
  14. nampak sedap
    ni kalau saya entah zaman bila nak buat =)

    ReplyDelete
  15. nampak mcm sedap ni..
    InsyaAllah hujung minggu ni balik kg. Nnt try buat...
    Mintak izin salin resepi ye sis

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.