SEGALANYA TERBANTUT

Assalamualaikum semua.

Lamanya tak berblogwalking dan jengah kawan-kawan. Mood nak berblogwalking tu memang ada. Idea nak menulis pun banyak. Tapi masalahnya, si kecik Damia ni la....pantang nampak mama dia buka laptop, dia dulu yang terpa. Nak tengok katak la, burung kakak tua...dah terbantut projek mama dia nak buka blog.

Lagi satu kalau nampak cheq pegang telefon atau tab. Cepat ja dia datang..nak tengok gambar baby. Gambar dia la. Kadang-kadang time nak tidur pun dia mintak lagi nak tengok telefon. 

Time Damia tidur takleh berblog ke...???? Hehehe, Damia ni masih menyusu badan. Nak tidurkan dia, kena mengempeng la. Sekali dengan mama dia pun lena..heheheh



Kat opis...??? Tak baik gunakan masa bekerja untuk personal. Hehehe, pernah jugak buatkannn tapi jarang-jarang. Itupun online pakai telefon atau tab, tak pakai komputer kerajaan tau. 

Sekarang ni plak tengah meriah dengan GWGMBM. Sekali bukak wasap, tengok beratus-ratus mesej. Seronok bacanya, berkongsi segala-galanya mengenai suka-duka pengalaman dan kehidupan seorang ibu. Sampaikan cheq tak tahu nak mencelah dimana. Sapa-sapa yang dah jadi ibu tu, bolehlah apply nak masuk group ni kat sis KATHY R'BAIN, tetapi ada lah syaratnya.



Insyallah, kalau masa mengizinkan nanti, cheq akan ketuk pintu kawan-kawan semua. Jangan malu dan segan nak singgah sini yer...\/*_*

#masa menulis entry ni Damia sedang mengacau abah dia. Abah dia baru buka laptop nak dengar lagu rock kapak, Damia dah minta nak tengok lagu katak ok katak...hehehe. Malam ni abah dia jadi mangsa.

17 comments:

  1. damia macam anak buah nani. bila dia datang umah tak yahlah nak bukak laptop. kalau tak kejap kang dia mintak lah nak tengok upin ipin.

    ReplyDelete
  2. alolo...comelnya Damia!biasalah budak-budak sekarang pandai nak main laptop ngan tablet kan

    ReplyDelete
  3. Heheh. comel je damiaa. :D sama la mcm ank buah jie, lau bkak laptop, kalut ja mai join skali. XD

    ReplyDelete
  4. Haha..kesian mama dan ayahnya..layankan ja la karenah damia yang comel tu ^_^

    ReplyDelete
  5. haha.. comelnya damia pakai tudungggg :)

    ReplyDelete
  6. alololo comelnya damia..meh gigit pipi sikit.

    Masalah kita sama mama, sue terpaksa korbankan sedikit waktu hujung minggu schedule terus 5 entry. kadang tak sempat sbb mcm2 urusan kene settle hujung minggu.

    ReplyDelete
  7. haha. macam2 gelagat.
    sama la cheq, kat pejabat tak guna pun untuk personal. balik rumah harapkan laptop ja untuk update ngan blogwalking. tu pun tak dan. mood sama kot, malas semacam ja. hehe

    ReplyDelete
  8. comelnye damia...nme pun cantik..:)

    ReplyDelete
  9. Hahhaha awat comey sangat ni Mia?? nak kena gigit pipi dengan aunty sha ke?? geramnyeeee

    ReplyDelete
  10. Tembamnya dia. Comel.

    Read my latest entry : Wishlist Tahun 2015

    ReplyDelete
  11. Saya juga da jarang blogwalking semenjak sekolah bermula.. :)hhehe

    ReplyDelete
  12. exactly macam harith...time buka laptop je mula kalut berlari nak join sekaki..huhu

    ReplyDelete
  13. Anak-anak saya memang x berani.
    Usik sikit dah kena warning.
    Tu pun yang last tu je yang usik.

    ReplyDelete
  14. Biasa update kat ofis sebelum masuk waktu keje..takpun waktu rehat je..kat rumah macam tak sempat je walaupun anak bujang sorang je..

    ReplyDelete
  15. Comelnya damia pakai tudung hehe. Sy tak kawen lg so xde sapa ganggu tp mood bw turun naik XD

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.