SEJARAH PENUBUHAN POLIS WANITA



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Pasukan pertama anggota polis wanita telah rasmi ditubuhkan pada bulan Ogos 1955. Semasa era penentangan komunis, salah satu cara mematahkan perjuangan kumpulan itu adalah dengan menyekat bekalan makanan sampai ke tangan pengganas-pengganas tersebut. Operasi sekatan-sekatan jalan dan pintu keluar masuk di perkampungan baru giat dijalankan ketika itu untuk memastikan makanan tidak diseludup. Dalam operasi tersebut, khidmat isteri-isteri polis dan Polis Khas Wanita mula digunakan dan berperanan memeriksa wanita yang disyaki menjadi tali barut pengganas.

Selain itu juga, mereka menjalankan tugas mengawal lokap serta tugas eskot pesalah-pesalah wanita dan kanak-kanak. Walaupun tidak melakukan tugas kepolisan biasa, namun peranan dan tugas mereka menunjukkan bahawa cawangan polis wanita perlu diwujudkan.

Pada tahun 1956 seramai tujuh pelatih wanita pertama dalam sejarah Polis Diraja Malaysia telah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Latihan ini dibawah pengawasan ASP B.D.R Wentworth iaitu seorang pegawai Inggeris yang dipinjamkan ke Tanah Melayu ketika itu, untuk menyelia dan melatih polis wanita. Kecemerlangan institut latihan tersebut berterusan apabila berjaya melahirkan pelatih Konstabel Wanita pertama seramai 54 orang.

Sehingga kini pegawai dan anggota polis wanita tidak sahaja membuat tugas mengawal pesalah-pesalah wanita dan kanak-kanak malah diberi kepercayaan dan mampu menjalankan tugas yang lebih mencabar dan berisiko tinggi setanding dengan keupayaan lelaki.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹



No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.