HASIL KERJA TANGANKU - FRUIT BASKET



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Seperti yang dimaklumkan sebelum ni, cheq ada hadir kursus selama 2 minggu. Dah selesai kumpul ilmu, sampailah hari terakhir iaitu hari penutup kursus. Dah last minit, kitaorang bincang nak bagi sesuatu kat pegawai tertinggi yang akan merasmikan majlis penutup nanti. Bincang, punya bincang dapat majoriti keputusan untuk bagi fruit basket. Disebabkan cheq tuan rumah, jadinya urusan untuk cari hadiah ni diserahkan pada cheq.

Masalahnya adalah masa tu dah petang, majlisnya esok pagi pulak. Dengan redha cheq pergi ke kedai bunga yang selalu cheq pergi kat tengah bandar tu untuk buat tempahan. Tuan kedai tak dapat nak buat sebab kitaorang nak segera dan cepat. Kedai ni plak sibuk dengan majlis kenduri la, apa la...dah serabut kepala cheq ni. Tak salahkan tuan kedai ni pun sebab kami yang last minit buat keputusan. Baik hatinya tuan kedai ni, dia bagi alamat kedai lain pulak untuk cheq. Malangnya kedai tu cheq pi dah tutup. Nak dekat maghrib dah time tu.

Berbincang sekali lagi kami semua dalam geng wassap. Disebabkan cheq pegang duit, jadi diorang mintak cheq ja yang buatkan fruit basket ni. Perghhh... tak pernah-pernah cheq nak jadi kreatif ni. Tangan ni buat apa pun tak jadi. Sekali lagi redha ja la, pergi beli buah-buahan, bakul, kain net, bunga, reben dan apa ja yang terlintas kat mata ni. (sebenarnya memang takdak idea nak buat macamana).

Sampai rumah dah selesai bersihkan diri, makan semuanya, maka bermulanya cheq bersilat dengan buah-buahan dan bakul-bakul ni. Sesekali bersilat jugak dengan anak-anak yang sibuk nak menolong. Tarrraaa... dalam masa setengah jam, maka siaplah fruit basket cheq ni. Dengan 6 jenis buah-buahan, nampak penuh bakul tu. 

Cantik tak????

Esoknya sampai kat tempat kursus, macam berbelah bagi ja nak bawak keluar bakul buah ni. Alhamdulillah, ada jugak kawan-kawan yang puji cantik. (cheq percaya depa ikhlas puji cheq, hehehe). Nak kata cheq puas hati tu, memang taklah sangat, sebab buat dalam keadaan kelam-kabut. Nampak macam cheq ada bakat, cuma kena asahkan lagi ja.



~~ Terima kasih ~~


3 comments:

  1. Cantik kak an, tu dlm stgh jam buat. Kalo ambik masa lama sikit lg double tripple cantik...

    ReplyDelete
  2. cantik dah kreatif tu kak ann.. buat dari hati yang ikhlas sangat menarik walaupun pun simple taw

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.