SERONOKNYA DAPAT PERGI KURSUS

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

BILA DENGAR NAMA CHEQ NAIK UNTUK PERGI KURSUS, HATI CHEQ DAH JADI GUNDAH GULANA (betoi ka sebutan cheq ni). SEBABNYA KALAU TEMPAT KURSUS TU JAUH CHEQ TERPAKSA TINGGALKAN ANAK-ANAK CHEQ. RASA TAK SANGGUP NAK BERJAUHAN DENGAN DEPA LAMA-LAMA. TAPI PEGAWAI KAT BAHAGIAN YANG JAGA-JAGA KURSUS NI DAH KENA WARNING DENGAN CHEQ AWAI-AWAI LAGI, JANGAN GATAI-GATAI LETAK NAMA CHEQ UNTUK KURSUS JAUH-JAUH. KURSUS KALI NI CHEQ KENA KAT MESS PEGAWAI PGA, PENGKALAN CHEPA JA. DEKAT SANGAT DENGAN TEMPAT KERJA CHEQ NI. HARI-HARI BOLEH BALIK JUMPA NGAN CIUM ANAK-ANAK.

PADA PETANG 22 MEI 2016 (hari cuti sempena wesak) CHEQ LAPOR DIRI KAT MESS PEGAWAI PGA. KURSUS NI MEMANG TAK RAMAI PESERTANYA, HANYA 21 ORANG SAJA TERDIRI DARIPADA KONTINJEN KELANTAN, PERAK, KEDAH, TERENGGANU DAN PAHANG. DAN KURSUS INI NAMANYA KURSUS RAKAMAN KETERANGAN VIDEO SAKSI KANAK-KANAK.

SEKARANG NI BANYAK KES JENAYAH YANG MELIBATKAN KANAK-KANAK MENJADI MANGSA DAN JUGAK KANAK-KANAK. DAN KANAK-KANAK BUKAN SEMUANYA MAHU BERCERITA TENTANG SESUATU DENGAN ORANG YANG TAK DIKENALINYA. INI MENJADI MASALAH KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI POLIS UNTUK AMBIL KETERANGAN KANAK-KANAK NI DALAM SESUATU KES.



DALAM KURSUS INI, KAMI PESERTA KURSUS BELAJAR TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENARIK MINAT UNTUK KANAK-KANAK INI BERCERITA. ADA CARA NAK MEMUJUK KANAK-KANAK NI TAPI BUKANNYA MENGUGUT ATAU MENAWARKAN HADIAH. KANAK-KANAK APABILA MENGHADAPI SESUATU PERKARA YANG TAKUT DAN MENGEJUTKAN AKAN MENYEBABKAN MEREKA TRAUMA. SESI RAKAMAN VIDEO INI JUGAK DIBUAT DI SEBUAH PREMIS YANG DIPANGGIL PUSAT TEMUDUGA KANAK- KANAK. PREMIS INI TELAH DIUBAH SUAI MENJADI SEBUAH RUMAH YANG MANA KANAK-KANAK SELESA BERMAIN.

SELAIN KANAK-KANAK BERUMUR BAWAH 16 TAHUN, KAMI JUGA DIAJAR UNTUK MENGAMBIL KETERANGAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA IAITU LEMBAM, HYPERAKTIF, SENGAU, PEKAK, BISU DAN SEGALANYA. RAKAMAN VIDEO INI LAH YANG AKAN DITENDER DI MAHKAMAH DALAM PROSES PERTUDUHAN. RAKAMAN VIDEO INI BERTERUSAN (non-stop) JADI PIHAK PEGUAMBELA MEMANG TAK DAPAT SANGKAL KESAHIHAN KANAK-KANAK INI BERCERITA.

SERONOK RASANYA KURSUS KALI INI. CHEQ DAPAT BELAJAR BENDA BARU YANG DEKAT DENGAN KANAK-KANAK. BUKAN SAJA MELIBATKAN KERJA MALAH CHEQ BOLEH PRAKTIKKAN KEPADA ANAK-ANAK CHEQ. SELAIN ITU, KURSUS 2 MINGGU NI, DAPATKAN HILANG STRESS CHEQ DUK MENGHADAP KERJA-KERJA KAT OFIS. DAPAT KAWAN-KAWAN SEKURSUS YANG SANGAT HAPPENING DAN MESRA ALAM. YANG PENINGNYA PULAK, KURSUS NI CHEQ KENA BERPAKAIAN BIASA. RUPANYA PENING JUGAK NAK ATUR BAJU UNTUK PAKAI HARI-HARI. NASIB BAIK 2 MINGGU JA...HEHEHE






6 comments:

  1. Alhamdulillah mama, dapat ilmu baru kan, salam Ramadan dari kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, saya akan gunakan sebaik mungkin ilmu ni. Salam ramadhan juga untuk kak Ana =)

      Delete
    2. Insyaallah, saya akan gunakan sebaik mungkin ilmu ni. Salam ramadhan juga untuk kak Ana =)

      Delete
  2. Ilmu baru yg dipelajari setiap kali kursus mmg best kak An.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tapi kalau kursus tempat jauh macam tak sanggup ja. =)

      Delete
  3. alhamdulilah dan tahniah buat kak ann dapat ilmu yang bagus ni

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.