PENIPUAN TAWARAN KERJA DI RUMAH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Elakkan dari menjadi mangsa!!


PDRM menasihati orang ramai yang ingin mencari rezeki sampingan khususnya golongan suri rumah agar berwaspada dengan sindiket yang menawarkan peluang pekerjaan d rumah menerusi ruangan iklan di akhbar tempatan mahupun atas talian.

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah memasukkan iklan kecil menggunakan alamat dan identiti palsu dalam akhbar harian bagi menjerat mangsa. Mangsa yang tertarik dengan tawaran iklan tersebut akan menghubungi / SMS nombor yang diberikan sebelum saspek mengarahkan mangsa memasukkan wang ke dalam satu nombor akaun kononnya bagi tujuan pemprosesan data di syarikat saspek. Bagi menyakinkan mangsa, saspek akan meminta mangsa menghantar maklumat diri / salinan kad pengenalan / slip bank pindahan wang tadi ke satu alamat pejabat kosong bagi mengaburi mata mangsa. Saspek kemudiannya akan menghilangkan diri bersama wang pendahuluan yang dikutip daripada mangsa-mangsanya.

 Nasihat PDRM :

- Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang minta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS.
- Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia dahulu.
- Dapatkan juga khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan.
- Sentiasa waspada dengan taktik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan.
- Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, lapor segera kepada pihak berkuasa.

2 comments:

  1. Hampir2 terkena gak dulu.. Tapi hati rasa mcm ada something wrong.. So tak trrsukan niat tu.. Huhu~ Macam2 la org skg ni cari duit.. Menipu sana sini.. -..-"
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  2. pernah nampak iklan macam ni nasib baik tak join lagi... tq kak ann

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.