TAECYEON 2PM DATANG KE KOTA BHARU

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Wahhh... ini berita baik untuk semua peminat Kpop. Taecyeon dah datang ke Malaysia dan dah sampai ke Kota Bharu. Macamana cheq boleh tahu ni? Sebabnya cheq adalah orang yang bertuah dilantik menjadi LO (leader officer) sepanjang Taecyeon ada di Kota Bharu.Sepanjang masa cheq akan sentiasa dengan dia ja.

Siapa Taecyeon ni? Taecyeon ni adalah salah seorang ahli kumpulan Kpop yang dikenali dengan nama 2PM. Cheq boleh kenal dengan virus Kpop ni sebab kumpulan ni lah. Kumpulan ni dah lama dan dah kira senior dalam industri Kpop. Kalau kumpulan Kpop yang baru sekarang ni, cheq tak kenal pun sebab cheq setia dengan 2PM ni. Kumpulan ini dianggotai oleh 6 pemuda yang ganteng-ganteng. Taecyeon ni jugak aktif dalam bidang lakonan.

   

Seronoknya dapat bersama-sama dengan bintang pujaan hati ni. Tiba-tiba ja cheq lancar bercakap omputih. Itulah cara nak berkomunikasi dengan Taecyeon ni, nak cakap Korea cheq tak reti. Bila bergambar dengan dia pun berdiri tegak ja. Tak berani nak pegang-pegang...hehehe. Tinggi melangut Taecyeon ni. Cheq paras ketiak dia ja bila kami berdiri bersama. Memang sporting betul Taecyeon ni.

Tinggggg.... terasa badan cheq digoncang. Anak kat sebelah mintak susu. Huhuhu...mimpi rupanya. Habis kerja pukul 7 pagi tadi, sebelum tertidur pagi tadi, cheq duk tengah tengok youtube konsert 2PM,  tu yang boleh terbawa-bawa sampai dalam mimpi tu.  Nak kata cheq minat sangat tu, takdelah sangat. Tapi cheq suka lagu-lagu 2PM ni berbandingkan dengan group lain. Mustahil sangat Taecyeon ni nak sampai ke Kota Bharu. Dalam mimpi boleh la, hehehe..

Ini adalah salah satu lagu yang cheq suka. So catchy

~ terima kasih kerana sudi membaca ~

3 comments:

  1. Ingatkan betul! Bersungguh baca! Mimpi rupanya 😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Hehehe..infant madam real je

    ReplyDelete
  3. aduhhh mimpi rupanya hihihihihi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.