MEMORIES OF BALI - MENGGAMIT MEMORIKU

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Memories Of Bali, adalah salah satu drama Korea yang cheq minat. Sebab boleh terminat adalah kerana dapat hadiah VCD cerita ni daripada seorang kawan semasa cheq kerja kat Negeri Sembilan dulu. Masa tu cheq baru mula kerja, duk sorang-sorang, ada la masa untuk layan cerita Korea ni. Rasanya tahun lepas masa cheq duk kemas-kemas stor ada terjumpa VCD tu, tapi dah tak boleh nak tengok lagi sebab bila pasang ja tersangkut. Banyak sangat calarnya.

Sinopsis Lengkap Memories of Bali (Episode 1-20) Tamat

Dibintangi oleh dramatis In Seung, Ji Won, Ji Sub dan Ye Jin. Mengisahkan seorang perempuan muda bernama Lee Soo Jung bekerja seorang pemandu pelancong di Bali, Indonesia yang berasal dari Korea demi mengubah kehidupannya. Kemudian bertemu dengan Jae Min, In Wook dan juga Young Joo di Bali, yang mana ketika itu mereka bertiga sedang terjerat dalam cinta segitiga. Young Joo, tunang kepada Jae Min datang ke Bali untuk bertemu dengan kekasihnya In Wook, tanpa disedari Jae Min datang mencarinya di Bali dan mencetus rasa kecewa, sakit hati, cemburu dan rasa dikianati.


Sekembalinya di Korea, Soo Jung telah menghubungi Jae Min untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala In Wook pulak menjadi jiran kepada Soo Jung. Cinta segitiga antara Jae Min, In Wook dan Young Joo bertambah rumit dengan kehadiran Soo Jung. Kalau nak tahu kisah selanjutnya, bolehlah layan kat Astro channel 393. Bersiaran pada hari Isnin sehingga Khamis pada jam 5.45 petang. Jangan lupa temujanji kita...

1 comment:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.