JANGAN BELI MERCUN DALAM TALIAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.


"Individu yang menjualnya lebih-lebih sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas." kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penjualannya adalah haram dan  merupakan satu kesalahan.

"Namun setakat ini pihak polis masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, sekiranya ada kami akan mengambil tindakan undang-undang".

"Saya berharap pihak penghantaran seperti Pos Laju Dan syarikat penghantar barangan memberi kerjasama dengan polis dalam membanteras perbuatan ini termasuk penyeludupan mercun secara haram." katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penyimpanan dan penghantaran mercun-mercun itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas yang berkhidmat di syarikat penghantaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ketika dihubungi berkata pihaknya akan memberi bantuan teknikal kepada pihak polis dalam kes penjualan mercun melalui dalam talian sekiranya perlu.

Menurutnya, antara bantuan yang boleh diberikan ialah mengenal pasti saspek, kepakaran forensik dan jika perlu menyekat laman sesawang berkenaan.

-BERNAMA


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹





No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.