:: TAHUN SATU 2017 ::

Siang tadi selesai cheq daftarkan anak kedua cheq Diyanah untuk masuk tahun 1 sessi 2017. Kali ni cheq daftarkan Diyanah awal-awal lagi. Termasuk Diyanah baru 30 orang yang datang berdaftar. Mudah jer kali ni sebab dah tahu apa yang perlu dibawa, tu pun cheq terlupa nak bawa salinan sijil nikah. Disebabkan kakak dah bersekolah disini, jadi tak jadi masalah.


Sesetengah sekolah dah guna sistem online untuk ibubapa isi sendiri. Tapi kat Kelantan ni masih pakai secara manual lagi rasanya. Cuma pihak sekolah yang akan isi secara online dan ibubapa perlu mengesahkan pendaftaran anak-anak dengan pihak sekolah sekali lagi.

Pengalaman lalu semasa nak daftar kakak. Memang dah lambat sangat. Hujung tahun baru ingat nak daftar kakak darjah satu. Masa tu kakak pun dah umur 6 tahun. Pergi kebanyakan sekolah kena reject, sebab dah cukup kuota. Terpaksa la guna kabel pengetua tadika kakak. Nasib baik kabel tu besar. Tak pasal-pasal kena bebel dengan pengetua. Tahun ni memang alert sangat-sangat nak daftar Diyanah sekolah. Akhirnya berjaya jugak.
Tunggu pengesahan bulan 8 tahun depan. Insyaallah ada tempat Diyanah kat sekolah ni sebab keutamaan diberi kepada murid yang ada kakak atau abang yang dah bersekolah di sekolah yang sama.