GENAP 8 TAHUN DI KELANTAN


Sumber : Google


Semalam 1/3/2019, genap 8 tahun cheq menetap mencari rezeki di Kota Bharu. Lapor diri di Kota Bharu dengan ditemani 2 orang anak yang masih kecil sementara husband masih lagi bertugas di Seremban. Terpaksa pinjam emak dari ayah selama sebulan untuk teman cheq anak-beranak.

Alhamdullilah tinggal dengan anak-anak bersendirian di negeri asing ni tak jadi masalah. Yang jadi masalah masa mula-mula sampai dulu adalah loghat klate tu. Susah sangat nak paham, la ni pun cheq masih lagi tak terror kecek klate tapi boleh paham.

Anak yang bongsu pun jadi mek klate dah. Cheq bersalin kat dia kat sini. Ketiga beradik depa dah pandai kecek. Kat dalam rumah, macam-macam loghat ada. Cheq kedah, husband johor, anak-anak klate. Meriahhh...

Cheq ada buat permohonan untuk bertugas di tempat lain. Cukuplah 8 tahun disini, nak merasa suasana di tempat lain pulak.

WELCOME BACK MARCH

Assalamualaikum..

Sumber : Google


Yeay, harini dah masuk bulan Mac.
Kenapa cheq suka sangat bulan 3 ni.
Sebabnya bulan ni banyak sambutan ulangtahun bagi keluarga cheq.
Ulangtahun kelahiran mak tercinta, kakak dan anak sedara tersayang.
Juga ulangtahun perkahwinan cheq yang ke 12 tahun.

Dan cuti sekolah hujung bulan Mac ni.
Mak ayah ni ja tak confirm lagi cuti dapat ke tidak.
Pasti jadi lebih seronok kalau dapat cuti dan sambut sama-sama kat kampung.
Doa-doalah cheq dapat cuti yer..
Nak sambut ramai-ramai macam tahun lepas.

Kek sambutan birthday dan nikah cheq tahun lepas
punya ni.

APA PERLU APABILA JUMPA SEKATAN JALAN RAYA

Hai semua...

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Gong Xi Fa Cai pada kawan-kawan Chinese.
Semoga tahun ini dipenuhi dengan kejayaan, kemewahan dan penghargaan.

Kalau kawan-kawan semua perasan, setiap kali cuti musim perayaan, tak kiralah sambut raya puasa, deepavali atau raya tahun baru cina, pasti akan bertembung dengan sekatan jalan raya.
Ini salah satu untuk mengesan kesalahan lalulintas, membenteras jenayah dan mengurangkan kadar kemalangan.

Jadi, apa yang perlu dibuat sekiranya nampak sekatan jalan raya di hadapan oleh abang Polis ni :-


Yang pertamanya, dah nampak sekatan kat depan tu, jangan gatal-gatal nak pusing balik atau melarikan diri. Sebabnya setiap lorong, jalan akan ada angggota yang pantau dan jaga. Kalau diorang dapat tangkap yang cuba melarikan diri ni, lagi merumitkan keadaan.

Yang keduanya, standby lesen dan kad pengenalan awal-awal lagi. Jangan time abam Polis minta baru kelam kabut nak mencari. Kalau malam hari, pasang lampu dalam kereta, biar mudah abam-abam Polis nak tengok dalam kereta.

Yang ketiga ada sesetengah abam Polis ni dia akan suruh jalan ja. Tapi kalau dia suruh berhenti, kenalah berhenti. Berhenti, tutup enjin kereta dan keluar dari kereta.

Yang keempat, jangan menipu. Kalau takde lesen, bagitau je takdak. Jangan kata tertinggal kat rumahlah, kat rumah mak mertualah, kat rumah ketua kampunglah. Sebab abam-abam ni boleh semak. 

Yang kelima, jaga tingkah laku dan jawab soalan. Bila dah keluar dari kereta tu, abam-abam ni akan tanya beberapa soalan la. Jangan la berdiri cekak pinggang, peluk tubuh..tapi berdiri tegak ja. Tangan ditepi atau belakang. Jawab soalan yang abam-abam tu tanya dengan sopan. Jangan tengking-tengking.

Yang keenam. Minta maaf jika ada buat kesalahan. Diaorang ni ada yang lembut hati bila dengar ucapan maaf ni. Tak semua abam Polis ni bengkeng.

Yang ketujuh. Ucap terima kasih. Kena saman ke tak kena saman pun ucaplah terima kasih kepada abam-abam tu. Kadang-kadang tengah malam, orang lain sedap tidur, diaorang masih terpacak kat tengah jalan.

INGAT : Polis ada kuasa untuk memeriksa tubuh badan dan kenderaan. Dan jika anda tak puas hati, boleh buat aduan dengan mengambil nama dan nombor badan anggota tersebut. aduan tersebut boleh dibuat melalui Perkhidmatan Aduan PDRM.