PERGINYA SEORANG HERO

Assalamualaikum....

Hmmmm...tak tau nak tulis camna. Nak cerita pasal boss cheq yang akan bertukar ke Johor. Cheq bertugas di bawah pimpinan boss cheq ni genap 4 tahun 3 bulan. Dia lapor diri ke Kota Bharu pada 1 Disember 2014, dimana time tu kitaorang kalut menghadapi banjir besar di Kelantan. Dia jugak bertungkus lumus keluar menolong mangsa banjir, naik lori, redah banjir dengan bot, tidor kat ofis. 

                                     


Kalau kami anak buah kena marah, dia akan backup. Kalau nak buat jamuan, makan-makan dia suka buat kat rumah dia, nak kitaorang masak. Dia suka ramai-ramai, riuh rendah sebab kat Kota Bharu hanya dia sorang saja.


Sangat-sangat friendly, baik dan sopan-santun. Tak pernah nak marah-marah dan tak kedekut langsung. Untung la orang Johor nanti, dapat boss ni.











sedih giler tengok gambar ni


........kenangan bersama tuan tak mugkin dapat kami lupakan. Nanti cheq balik Johor, kita boleh jumpa lagi. Didoakan semoga tuan lebih maju jaya di tempat baru dan jangan lupakan kami kat sini......

4 comments:

  1. moga maju jaya ditempat baru..:)

    ReplyDelete
  2. ketua kalo bagus memang trasa pemergiannya. meninggalkan kesan kat anak2 buah kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kak dah kerja dengan 4 org ketua, tapi yg ni paling best. Mmg terasa ketiadaannya.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.