AIR TAKDAK..

Hai semua...

Dah 2 hari takde air kat blok ni. Masalah enjin pam tak berfungsi katanya. Kerap sangat dah air takdak kat blok ni. Alasannya enjin pam rosak, enjin pam rosak, enjin pam rosak. Dah rosak kerap, tukar la yang baru kannn...



Susah sangat takdak air ni. Dengan nak mandi, nak masak, nak sembahyang...semuanya guna air. Kalau duk sensorang boleh la angkat kain baju duk office, cheq ni dengan anak-anak lagi, pagi-pagi dah nak mandi pergi sekolah. Kalau ofis dekat dengan rumah dan sekolah, memag cheq dah angkut anak-anak mandi kat ofis.

Dah puas mengadu / repot kat pihak berkenaan pun tak jalan. Nasib baik ada sikit simpanan air kat rumah ni, tu pun tak tahu berapa lama boleh bertahan.

Dah la kerap takdak air, dahtu air pulak berkeladak, berkarat... Marah sangat dah ni. Mudah-mudahan esok ada air la, kalau tak memang cheq pi check in hotel yang dekat rumah ni ja, semata-mata tak mandi.

Jangan plak kata cheq tak bersyukur dengan apa yang ada sebelum ni. Cheq bersyukur sangat-sangat cuma kesal sebab masalah ni dah lama, pihak berkenaan takdak ikhtiar untuk cari alternatif untuk selesaikan masalah ni. Sekian, luahan hati cheq untuk malam ni.

Bye, bye...

04/08/2019
2041hrs
My Sweet Home

4 comments:

  1. Mudah2an masalah air ini dapat diatasi segera.
    Susahnya kalau takdak air

    ReplyDelete
  2. payah kan bab tak ada air ni, dah kerap sangat terjadi sekarang ni :(

    ReplyDelete
  3. Bab tak ada memang pernah rasa.. Susah xde air ni huhuhu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.