Salam Maulidur Rasul 1436H...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.
Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H iaitu harinilah.
Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 pada kali ini adalah PERPADUAN NADITRANSFORMASI NEGARA.
Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. By the way, sempena Maulidur Rasul yang setahun sekali jer muncul neh mari kita renung2kan beberapa hadis Rasulullah S.A.W.
Dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]Banyak sungguh fadhilat berselawat keatas Rasulullah S.A.W kekasih Allah. Dengan berselawat juga kita dapat PAHALA. Bila berselawat teringat kat Baginda, menitis air mata. Ya Rasulullah, Kami umatmu amat merinduimu.
SALAM MAULIDUR RASUL 1436H


