SALAM MAULIDUR RASUL 1436H

Salam Maulidur Rasul 1436H...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.



 Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H iaitu harinilah.
 Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 pada kali ini adalah PERPADUAN NADITRANSFORMASI NEGARA.

Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. By the way, sempena Maulidur Rasul yang setahun sekali jer muncul neh mari kita renung2kan beberapa hadis Rasulullah S.A.W.

Dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 

[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.

 [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.

. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]Banyak sungguh fadhilat berselawat keatas Rasulullah S.A.W kekasih Allah. Dengan berselawat juga kita dapat PAHALA. Bila berselawat teringat kat Baginda, menitis air mata. Ya Rasulullah, Kami umatmu amat merinduimu.

Postcards Giveaway from Germany & Czech Republic

Klik banner untuk join
Mangsa tag :

Tarikh tamat : 9 Jan 2015



ENTRY PERTAMA DI 2015 - TERIMA KASIH

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Rasanya belum terlewat cheq nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua.
Semoga kehadiran tahun 2015 ni lebih bermakna untuk kita semua.
Jadikan pengalaman dan pengajaran apa yang terjadi di tahun 2014.
Banyak kenangan manis cheq di tahun 2014.
Tapi yang terburuk tentulah pengalaman banjir di tempat perantauan.
Di tahun 2014 ni la cheq baru berjinak-jinak masuk ke dalam dunia blog.
Dapat mengenali ramai rakan-rakan di alam maya ni.


Ini adalah entri pertama cheq di tahun baru.
Jeng, jeng, jeng ...
Cheq nak umumkan pengkomen terbaik bulan 12 di blog cheq.
Sebelum tu, cheq nak mintak maaf sebab dah lama tak singgah ke blog kengkawan.
Sibuk dengan tugas serta terkandas dalam banjir berhari-hari.
Insyaallah, lepas ni kalau ada kelapangan cheq akan melawat kawan-kawan yang rindukan cheq...hehehehe, ada ke????




Terima kasih pada kengkawan semua.
Sebab korang la blog cheq ni meriah...hehehe
Kadang-kadang entry merapu pun korang sudi komen.
Terima kasih sebab sudi kawan dengan cheq.
Terima kasih, gracias, arigato dan seumpama dengannya..